Jumaat, 31 Julai 2009

Aku belajar jana wang melalui internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kira-kira seminggu yang lalu aku sepatutnya menghadiri satu seminar menjana wang melalui internet yang dianjurkan oleh salah satu NGO. Seminar gratis tersebut dipandu oleh salah seorang naib presiden salah sebuah syarikat perunding ict yang berjaya. Malangnya aku tidak dapat hadir atas sebab-sebab tersendiri.

Merujuk kepada tajuk seminar itu, aku sangat teruja untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Aku melungsur dari satu laman web ke satu laman web, dari satu laman blog ke satu laman blog dan dari setiap pautan pada injin pencari ke pautan yang lain.

Hasil maklumat yang aku perolehi, aku membuat kesimpulan bahawa menjana wang melalui internet adalah termasuk dalam pemasaran internet. Secara asasnya pemilik laman blog atau web mendaftar sebagai pengiklan kepada syarikat promoter iklan. Kemudian setiap barangan yang terjual hasil daripada iklan tersebut, pemilik laman blog atau web akan menerima komisyen daripada syarikat promoter tadi. Namun disebalik asas yang mudah itu terdapat banyak manipulasi untuk menjadikan penjanaan wang melalui internet semakin pelbagai dan rumit......

Selasa, 28 Julai 2009

Keluarga aku diuji dengan selsema babi

Pada hari Jumaat 24 Julai 2009 yang lalu sekolah dimana anakku menuntut telah di tutup selama sepuluh hari. Penutupan itu kerana terdapat beberapa murid didapati mempunyai tanda-tanda gejala selsema babi. Satu ujian secara rawak terhadap lima daripada 50 murid yang mendapat gejala tersebut telah dijalankan. Keputusan ujian mendapati kesemua sampel positif dijangkiti selsema babi. Salah satu daripada sampel itu adalah anakku.

Kementerian Kesihatan telah memberikan panduuan bagi mengelakkan penyakit selsema babi dari merebak. Panduan tersebut sama dengan yang tersiar di dalam media massa. semasa posting ini dibuat anakku mengadakan kuarantine diri sendiri - self qurantine.

Isnin, 27 Julai 2009

Aku kembali lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada semua rakan-rakan yang mengenali aku dan mereka yang tersesat ke sini ataupun pengunjung selainnya, aku mengucapkan terimakasih kerana sudi kemari. Masa terllalu cepat beredar, dalam masa lebihkurang 8 bulan blog ini tidak dikemaskini. Walau apapun alasan dan dalih untuk tidak mengemaskini, percayalah jari jemari ini sentiasa bergetar untuk mengetik papan kekunci bertujuan agar blog ini terkemaskini. Mulai sekarang akan ada posting terbaharu .....

Jumaat, 21 November 2008

Kawan-kawan, aku masih di sini

Panggilan telefon itu telah mengembalikan ingatanku kesuatu pojok kehidupan yang pernah aku lewati dan tinggalkan. Sebenarnya kenangan itu telah hampir kelam dan mungkin akan luput terus dari ingatanku. Kenangan itu adalah mengenai kawan-kawan lama yang pernah bersekolah denganku, baik sekolah Kebangsaan dan sekolah menengah.

Satu demi satu watak-watak yang pernah bersama-samaku tanpa diundang muncul dalam memoriku. Aku mendengar ramai watak-watak itu telah berjaya dalam bidangmasing-masing, ada yang menjadi timbalan menteri, ceo, jurutera, arkitek, usahawan dan yang paling ramai bertugas sebagai pendidik, sedangkan aku masih di sini...........

Khamis, 31 Julai 2008

Pengawal Komputer

Pada masa dahulu ketika komputer peribadi masih belum dirangkaikan keselamatan ict tidak begitu kritikal. Ini kerana keselamatan sesuatu sumber ict merupakan tanggungjawab individu yangmana sesuatu kemudahan tersebut diperuntukkan.

Keadaan semakin berbeza sekarang, dimana keselamatan ict menjadi isu yang sangat kritikal. Keselamatan yang perlu diberi perhatian merangkumi, perkakasan, perisian, rangkaian, data malah keselamatan individu atau organisasi tersebut. Bagi pengguna individu yang tidak terlibat dalam transaksi komersial, keselamatan ict perlu juga dipertimbangkan walaupun tidak semestinya menjadi keutamaan. Walaupun mudarat yang bakal menimpa tidaklah terlalu menjejaskan namun proses pembaikpulih tetap memakan masa.

Adware, Spam, Viruses, Online Scams dan banyak lagi jargon keselamatan ict adalah ancaman kepada aku. Kos untuk perisian keselamatan bersepadu yang agak tinggi telah mempengaruhi keputusanku untuk meminta sedekah diinternet. Ya, sedekah, namapun sedekah pastinya banyak ia merimaskan penggunaannya.....

Sabtu, 26 Julai 2008

Jual pada harga asal tapi masih untung....

Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang peniaga yang berjaya. Semasa menjalankan urusniaga, beliau menjual semula Unta sama dengan harga yang dibeli sebelumnya, iaitu pada harga modal. Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat untung, jawabnya ialah "melalui jualan talli unta".

Khamis, 24 Julai 2008

Perisian Penulis Blog

Setelah lama mencuba akhirnya aku terpaksa mengaku kalah pada diriku sendiri. Aku cuba mencari alternatif lain, namun tiada yang serasi dengan persekitaranku ini. Aku terasa adakah mereka yang lain tidak memikirkan orang sepertiku walaupun dibayar untuk menggunakan perkhidmatannya.Kini aku terpaksa menggunakan sedekah yang diperuntukan oleh Microsoft bagi menggunakan perisian Windows Live Writer agar aku dapat terus menulis di dalam dunia blog ini.