Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Facebook sebuah laman jaringan sosial telah mempertemukan aku dengan beberapa rakan lama semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun sekadar friend request namun jika diterima, aku rasa aku masih diingati.
suaraAmirul@bisikanMalam - membaca suara, membisik aksara... hubungi melalui bisikanAmirul@gmail.com
Isnin, 31 Januari 2011
Aku dan jaringan sosial - 2
Jumaat, 12 November 2010
Memasang dan membuat tetapan Wamp Server
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah memuat turun fail wamp server, aku menjalankan pemasangan perisian tersebut dengan pilihan tetapan default.
Selesai pemasangan, aku menjalankan Wamp Serverdengan, Start,Program, Wamp Server, Start Wamp Server. Satu icon Wamp server akan wujud di System tray.
Jika IIS yang sedia terpasang, sedang berjalan, dan aku memulakan WAMP server, lalu aku memasukkan "http://localhost" di browser, halaman IIS yang terbuka.
Untuk menjalankan WAMP Server bersama-sama dengan IIS, aku perlu menetapkan port 8080 ke Wamp Server. Aku akan mengakses Wamp Server menggunakan "http://localhost8080" dan IIS pula menggunakan "http://localhost".
Untuk melakukan ini, aku perlu pergi ke icon WAMP Server pada system tray dan tekan left klick padanya kemudian pilih Apache Wamp Server, pilih httpd.conf. Fail httpd.conf akan dibuka menggunakan notepad.
Tekan Ctrl+f atau Alt,e,f kemudian taipkan listen 80. Tukar 'Listen 80' menjadi 'Listen 8080'. Save fail tersebut dan restart WAMP.
Aku telah berjaya menjalankan skrip php pertamaku dengan memasukkan, “http://localhost:8080/hello.php” pada browser. Sebelum itu aku telah meletakkan skrip php, hello.php ke dalam folder “c:\wamp\www\”.
Khamis, 11 November 2010
Muat turun Uniform Server dan Wamp Server
Aku telah berjaya memuat turun perisian bernama Wamp Server dan Uniform Server melalui pautan berikut:-
1. Wamp Server melalui http://www.wampserver.com
2. Uniform Server melalui http://www.uniformserver.com
Rabu, 10 November 2010
Aku ingin belajar php
Sudah lama aku ingin belajar pengaturcaraan php tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak bermula. Setelah aku menggoogle di internet, aku dapati bahawa pengaturcaraan php adalah jenis Script kawasan pelayan (server side script). Ini bermakna aku perlukan perisian aplikasi pelayan (server software application) untuk melaksanakannya.
Aku meneruskan penggooglean bagi mengetahui langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat pengaturcaraan php menggunakan pc Windows xp. Akhirnya aku temui perisian aplikasi server untuk membolehkan aku melaksanakan keinginanku. Perisian sumber terbuka untuk memenuhi keperluan pengaturcaraan php yang aku maksudkan ialah Uniform Server atau Wamp Server.
Jumaat, 16 Julai 2010
Julai, Selsema babi dan "wash your hands too"
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketika posting ini ditaip, bulan Julai sudah masuk minggu ke dua. Bulan Julai ada meninggalkan sejarahnya, yang tersendiri kepada keluarga kami.
Pada bulan Julai tahun 2009 yang lalu, anak kami telah dijangkiti selsema babi. Sekolah anak kami telah ditutup selama satu minggu. Anak kami telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kurantin di rumah. Sebagai langkah keselamatan lainnya, anak kami juga diwajibkan memakai topeng ketika berada di rumah. Dia juga dikehendaki sentiasa berada di dalam bilik. Segala kelengkapan dan makanan yang digunakannya tidak boleh dikongsi oleh orang lain.
Akibat dari musibah tersebut, hasrat kami sekeluarga balik kampong bagi mengadakan kenduri menyambut ketibaan bulan Ramadhan terpaksa dibatalkan.
Selama seminggu kami terpaksa memerap di rumah sahaja.
Setahun sudah berlalu, Julai muncul kembali. Sebagai peringatan (sekurang-kurangnya kepada keluarga kami), hayatilah senikata di bawah. Untuk layan lagu ini, sila klik pautan ini http://www.youtube.com/watch?v=lViRlo1_b1o
I dowan you to touch me baby
You go toilet nair wash hand right?
When you wash your body, wash your hands too
When you wash your body, wash your hands too
You don’t want get swine flu
Or someone pass to you
You better wash your body your body your body
H1N1 is confirm no fun
Be careful where you go, US or Mexico
If you have temperature that mean you got fever
Don’t just take honey, this flu is not farny
Maybe it’s time to wear a mask
Maybe you have forgotten SARS
Whatever the weather, must bring ther-mo meter
Stick it in your armpit or down there!
When you wash your body, wash your hands too
When you wash your body, wash your hands too
Though the level is yellow
Don’t be dirty fellow
You better wash your body your body your body
When you wash your body, wash your hands too
When you wash your body, wash your hands too
Must wash after poo poo
Or germs will stick to you
Wash more than your body your body your body
I know you use finger, don’t let the smell linger
I know you dig gold, and wipe on some pole
You scratch your backside, and think you can hide
You play your below, take ice from my Milo
Maybe it’s time to be hygiene
Maybe you should be quarantined
Don’t be a spreader, we stay clean together
We’ll pick the kutus from each other’s hair!
When you wash your body, wash your hands too
When you wash your body, wash your hands too
If you think you’re infected
Don’t blur block go Orchard
Don’t pass to somebody somebody somebody
When you wash your body, wash your hands too
When you wash your body, wash your hands too
Must wash after pang jio
The Wonder Girls damn chio
They dowan your body your body your body
Back in the days when we only took a bath monthly now
Looking at you I feel, as sick Kim Jong Ill
Your breath smell like kimchi, you see
There’s no vaccine eugene
Go wash your body
Your body your body, wash your hands too
Khamis, 15 Julai 2010
Menukar "Time Zone" pada akaun Google dan Yahoo
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Menukar Time Zone pada Akaun Google.
1. Login ke akaun gmail.
2. Cari, kemudian pilih “setting”.
3. Cari, kemudian pilih Account setting.
4. Cari “Google Account Settings:”, kemudian, pilih “visit google account setting” (Tekan Alt+n jika diperlukan untuk “temporary enable popup”).
5. . Cari, kemudian pilih “edit personal info”.
6. Tekan Tab sehingga "country (optional) combo Box", cari, kemudian pilih “Malaysia”.
7. Tekan Tab,Pada "time zone (optional) combo box" Pilih “(GMT +8 o'clock) Kuala Lumpur”. Jika senarai Time Zone tidak muncul, tekan tab, kemudian check pada “show all time zone”. Kemudian tekan shift+tab untuk membuat pilihan “time zone”.
8. Tekan Tab hingga butang save, tekan enter.
9. Log keluar dari akaun gmail, kemudian log masuk semula.
Menukar “time Zone” untuk akaun Yahoo
1. Log masuk ke akaun mel yahoo.
2. Cari dan pilih nama akaun yahoo (biasanya selepas perkataan “welcome”).
3. Satu skrin “Account information” akan muncul, masukkan password, tekan enter.
4. Tekan tab hingga "set language, sites, and time zone", tekan enter.
5. Tekan tab hingga, "Time zone:, combo box", cari dan Pilih "GMT + 8 o'clock Singapore".
6. Tekan tab, pada butang "save" tekan enter.
7. Log keluar dari akaun yahoo kemudian log masuk semula.
Sabtu, 3 Julai 2010
Sayang sarawak Sungainya Sempit..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sayang Sarawak sungainya sempit
Berbuah nenas lamun-lamunan
Hendakku bawa perahuku sempit
Tinggallah emas tinggal junjungan
Lagu yang berkumandang dari corong radio nyanyian Allahyarham Sudirman, membawa memoriku kembali kemasa dahulu. Aku tidak pasti bila kali akhir aku ke sana tetapi sudah pasti lebih sepuluh tahun yang lalu. Bukan sekali, bukan juga dua kali tetapi lebih lima kali aku pernah ke sana.
Aku pernah menyusuri Sungai di Sarawak, mudik ke hulu dari Sibu hingga ke Kapit selepas berlabuh sebentar di Song. Sungai di Sarawak amat luas, tidak sesempit yang tergambar pada lagu itu.
Pada masa itu aku menaiki bot 2 tingkat bernama Hasqvarna, bukan perahu sempit hingga terpaksa meninggalkan kekasih.
Pernah juga aku menaiki bot dari Sibu ke Serikei dan terus ke Kuching. Tidak terlihat olehku nenas di tebingnya untuk dijadikan lamunan.
Aku rindu untuk ke sana semula tetapi bila?……