Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masalah mungkin timbul kepada pengguna komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 10, terutamanya Home Edition, ialah akan terpaparnya sign-on screen setelah komputer wake-up dari sleep. Ia berlaku kerana beberapa ciri-ciri yang terdapat pada tetapan Windos 10 Home Edition telah ditiadakan.
Ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah di atas;
Tekan kekunci Windows + X untuk membuka menu Power User, dan pilih Command Prompt (admin).
- Jika kita hendak disable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bateri, taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:
powercfg /SETDCVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 0 -
Jika kita hendak disable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bekalan elektrik, taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:
powercfg /SETACVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 0 - jika kita hendak enable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bateri, taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:
powercfg /SETDCVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 1 - Jika kita hendak enable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bekalan elektrik, taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:
powercfg /SETACVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 1