Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut disenaraikan cara-cara kita berinteraksi dengan telefon Samsung Galaxy Chat melalui skrin sesentuh semasa talk back diaktifkan pada Android berperisa Jellybean.
- Leretkan satu jari, jelajahi skrin, talk back akan membacakan item yang tersentuh
- Sentuh dua kali (Double-tap) pada mana-mana bahagian skrin akan membuka atau mengaktifkan item akhir yang disentuh.
- Sapu (swipe)ke atas atau ke bawah skrin menggunakan 2 jari akan menggelangsarkan (scroll) mukasurat (page) atau senarai (list).
- Sapu (swipe) ke kiri atau ke kanan skrin menggunakan 2 jari akan menukar skrin atau mukasurat.
- Sapu ke kanan atau ke bawah padda skrin menggunakan 1 jari akan beralih ke item selepas
- Sapu ke kiri atau ke atas pada skrin menggunakan 1 jari akan beralih ke item sebelum
- Sapu ke bawah kemudian ke atas menggunakan 1 jari dengan satu pergerakkan akan mengalihkan bacaan ke lavel selepasnya semasa membaca beberapa blok teks, diikuti dengan menyapu satu jari ke kiri atau kanan untuk bacaan sebelum atau selepasnya.
- Sapu ke atas kemudian ke bawah menggunakan 1 jari dengan satu pergerakkan akan mengalihkan bacaan ke level sebelumnya semasa membaca beberapa blok teks, diikuti dengan menyapu satu jari ke kiri atau kanan untuk bacaan sebelum atau selepasnya.
- sapu ke kanan kemudian ke kiri menggunakan 1 jari dengan satu gerakkan akan ke maklumat selepas.
- sapu ke kiri kemudian ke kanan menggunakan 1 jari dengan satu gerakkan akan ke maklumat sebelum
Semasa menjelajah skrin menggunakan satu jari, kita boleh menggunakan jari lain untuk double tap skrin bagi melaksanakan aplikasi, widget dan selainnya.
Berikut disenaraikan shortcut yang boleh digunakan ketika berinteraksi dengan telefon ini melalui skrin sesentuh semasa talk back aktif. Shortcut diaktifkan dengan meleretkan 1 jari ke arah-arah yang ditetapkan dalam 1 pergerakkan (membentuk seakan-akan huruf "L" ).
-
ke atas kemudian ke kanan untuk membuka menu local context - ke atas kemudian ke kiri: untuk home skrin
- ke bawah kemudian ke kanan untuk membuka menu global context.
- ke bawah kemudian ke kiri untuk butang back
- ke kanan kemudian ke bawah untuk membuka notification.
ke kiri kemudian ke atas untuk menyenaraikan aplikasi semasa. - shortcut di atas boleh diubah mengikut selera kita dengan pergi ke Settings > Accessibility > TalkBack > Settings > Manage shortcut gestures.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan