Sabtu, 26 Jun 2010

Muat turun fail youtube menggunakan free video downloader

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekurang-kurangnya terdapat 3 cara untuk memuat turun fail daripada http://www.youtube.com. Cara-cara yang saya maksudkan ialah:-

  1. Melalui laman web  seperti http://www.keepvid.com
  2. Menggunakan perisian yang dimuat turun kedalam computer  seperti youtubedownloader
  3. Menggunakan adds-in/plugins sepertivideo helper untuk pelayar Mozilla Firefox.

Pada posting kali ini saya akan bercerita mengenai kaedah yang ke 3 diatas. Untuk tujuan itu, saya akan menggunakan perisian yang dinamakan Freevideodownloader yang di keluarkan oleh Jazek Pazera dari Pazera Software. Saya memilih perisian ini untuk diceritakan kerana:-

  1. Perisian ini seratus peratus percuma. Saya boleh memuat turun dan menggunakannya tanpa mendaftar, tanpa ikatan, tanpa iklan dan tanpa bayaran
  2. Perisian ini Tidak perlu dipasang. Saya hanya perlu memuat turun, unzip dan guna. Oleh kerana ia tidak perlu dipasang, tiada Windows registry terlibat. Selain itu ia juga boleh digunakan melalui peralatan mudah alih.
  3. Perisian ini 95 peratus Serasi dengan perisian pembaca skrin.
  4. Perisian ini berfungsi untuk menukarkan dari format-format  video ke format video yang lain atau kepada format audio. Selain itu terdapat pilihan untuk memuat turun fail dengan kualiti tinggi, sederhana dan rendah mengikut keupayaan bandwith saya.

Saya akan menceritakan cara-cara penggunaan perisian ini untuk memuat turun fail dari youtube pada posting akan datang. Kepada sesiapa yang berminat dengan perisian ini, muat turun fail tersebut dengan membuka pautan di bawah posting ini.

Setelah fail tersebut di muat turun, unzipkan ke dalam folder yang mudah untuk dicapai. Saya mencadangkan supaya ia diunzipkan dan diletak pada desktop.

Pautannya seperti di bawah…

   http://www.pazera-software.com/download.php?id=0011&f=Free_Video_Downloader.zip

Jumaat, 25 Jun 2010

Aku, Blog dan jaringan sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah lebih empat bulan blog ini tidak dikemaskini. Sepanjang tempoh tersebut banyak peristiwa yang berlaku untuk aku ceritakan. Aku tidak melakukannya kerana sebab, alasan atau dalih tersendiri. Bagi sesetengah blogawan, laman jaringan sosial Facebook telah menjadikan laman blog mereka bersawang. Itukah dilema yang aku hadapi?….