Jumaat, 21 Jun 2013

Bisikan ke 4: Monolog hari Bapa 2013 - aku kangen banget

Kadang-kadang aku seperti anak-anak kecil terutama jika bicara tentang kasih sayang. Walau usiaku menapak ke setengah abad dan punya anak remaja namun airmata ini terlalu murah untuk tumpah kerana terkenang satu kehilangan yang abadi.

Hari Bapa sebelum ini seperti hari-hari biasa. Aku tidak pernah meraikan malah tidak diraikan. Aku tidak kisah. Aku pasti ayah tidak kisah.

Hari Bapa tahun ini berbeza. Hari bapa pertama tanpa ayah. Kali ini aku pentingkan perasaanku. Pada Hari Bapa tahun ini aku menangisi pemergian dan meratapi kehilangan..

Dan pohon kemuning akan segera kutanam
Satu saat kelak dapat jadi peneduh
Meskipun hanya jasad bersemayam di sini
Biarkan aku tafakkur bila rindu kepadamu

Walau tak terucap aku sangat kehilangan
Sebahagian semangatku ada dalam doamu
Warisan yang kau tinggal petuah sederhana
Aku catat dalam jiwa dan coba kujalankan

Meskipun aku tak dapat menungguimu saat terakhir
Namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat
Dengan senyum dan ikhlas aku yakin kau cukup bawa bekal
Dan aku bangga jadi anakmu

Ayah aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah engkau ajarkan kepadaku
Setiap sujud sembahyang engkau hadir terbayang
Tolong bimbinglah aku meskipun kau dari sana

Sesungguhnya aku menangis sangat lama
Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang
Sesungguhnyalah aku merasa belum cukup berbakti
Namun aku yakin engkau telah memaafkanku

Air hujan mengguyur sekujur kebumi
Kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal

Ayah aku mohon maaf atas keluputanku
Yang aku sengaja maupun tak kusengaja
Tolong padangi kami dengan sinarnya sorga
Teriring doa selamat jalan buatmu ayah tercinta

Selasa, 11 Jun 2013

Android accessibility: Samsung Galaxy Chat – interaksi dengan papan kekunci

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu ciri utama yang membezakan Samsung Galaxy Chat dengan model berjenama Samsung lainnya ialah papan kekunci fizikal QWERTY. Papan kekunci fizikal qwerty ini mempunyai 37 bebutang yang disusun pada 4 lajur. Menekan salah satu butang pada papan kekunci merupakan cara berinteraksi dengan telefon ini.

Talk back akan berbunyi mengikut apa yang ditekan pada bsesuatu butang. Contohnya, jika butang pertama sebelah kiri pada lajur pertama   ditekan sekali, talk back akan berbunyi "p".

Sesuatu butang mesti ditekan terlebih dahulu untuk mengetahui huruf yang hendak dipilih. Ini adalah kelemahan menggunakan papan kekunci fizikal berbanding dengan penggunaan papan kekunci virtual.
Butang-butang yang mewakili abjad-abjad pada telefon ini  disusun sama seperti papan kekunci komputer. beberapa butang untuk kegunaan istimewa seperti kegunaan penukaran huruf besar/kecil, aksara bukan huruf (seperti nombor), delete/backspace, chat, bahasa dan contact juga disediakan.

Berikut disenaraikan kedudukan  butang-butang istimewa yang digunakan untuk tugas-tugas khusus pada telefon pintar ini.


  • Butang yang terletak pada lajur kedua sebelah paling kanan dilabelkan sebagai "backspace". Ia digunakan untuk memadam aksara yang terletak sebelum kedudukan cursor semasa.

  • Butang yang terletak pada lajur ke tiga paling kiri dilabelkan dengan "shift". Ia digunakan untuk menukar dari huruf kecil ke huruf besar atau sebaliknya semasa menaip.

  • Butang yang terletak pada lajur ke tiga paling kanan dilabelkan dengan "Enter". Ia digunakan untuk mengesahkan pilihan atau untuk menyisipkan baris baharu semasa menaip.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat paling kiri dilabelkan dengan "alt". Ia   digunakan untuk menukar aksara yang diwakili pada sesuatu butang dari abjad ke simbol(termasuk nombor) atau sebaliknya.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat paling kanan  dilabelkan dengan "contact". Ia  digunakan untuk mempamirkan senarai konteks yang terdapat dalam simpanan telefon ini.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat kedua dari hujung kanan  dilabelkan dengan chat". Ia  digunakan untuk membuka aplikasi chat.

Tamat untuk topik ciri-ciri fizikal Samsung Galaxy Chat. Ada sebarang soalan?...

Khamis, 6 Jun 2013

Android Accessibility: Samsung Galaxy Chat – Interaksi dengan skrin sesentuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut disenaraikan cara-cara kita berinteraksi dengan telefon Samsung Galaxy Chat melalui skrin sesentuh semasa talk back diaktifkan pada Android berperisa Jellybean. 

  • Leretkan satu jari, jelajahi skrin, talk back akan membacakan item yang tersentuh
  • Sentuh dua kali (Double-tap) pada mana-mana bahagian skrin akan membuka atau mengaktifkan item akhir yang disentuh.
  • Sapu (swipe)ke atas atau ke bawah skrin menggunakan 2 jari akan menggelangsarkan (scroll) mukasurat (page)  atau senarai (list).
  • Sapu (swipe) ke kiri atau ke kanan skrin menggunakan 2 jari akan  menukar skrin atau mukasurat.
  • Sapu ke kanan atau ke bawah padda skrin menggunakan 1 jari akan  beralih ke item selepas
  • Sapu ke kiri atau ke atas pada skrin menggunakan 1 jari akan beralih ke item sebelum
  • Sapu ke bawah kemudian ke atas menggunakan 1 jari dengan satu pergerakkan akan mengalihkan bacaan ke lavel selepasnya semasa membaca beberapa blok teks, diikuti dengan menyapu satu jari ke kiri atau kanan untuk bacaan sebelum atau selepasnya.   
  • Sapu ke atas  kemudian ke bawah  menggunakan 1 jari dengan satu pergerakkan akan mengalihkan bacaan ke level sebelumnya semasa membaca beberapa blok teks, diikuti dengan  menyapu satu  jari ke kiri atau kanan untuk bacaan sebelum atau selepasnya.   
  • sapu ke kanan kemudian ke kiri  menggunakan 1 jari dengan satu gerakkan akan ke maklumat selepas.
  • sapu ke kiri kemudian ke kanan menggunakan 1 jari dengan satu gerakkan akan ke maklumat sebelum

Semasa menjelajah skrin menggunakan satu jari, kita boleh menggunakan jari lain untuk double tap   skrin bagi melaksanakan aplikasi, widget dan selainnya.

 

Berikut disenaraikan shortcut  yang boleh digunakan ketika berinteraksi dengan telefon ini melalui skrin sesentuh semasa talk back aktif. Shortcut diaktifkan dengan meleretkan 1 jari ke arah-arah yang ditetapkan dalam 1 pergerakkan  (membentuk seakan-akan huruf "L" ).


  • ke atas kemudian ke kanan untuk membuka menu local context
  • ke atas kemudian ke kiri: untuk home skrin
  • ke bawah kemudian ke kanan untuk membuka menu global context.
  • ke bawah kemudian ke kiri untuk butang back
  • ke kanan kemudian ke bawah untuk membuka notification.
    ke kiri kemudian ke atas untuk  menyenaraikan aplikasi semasa. 
  • shortcut di atas boleh diubah mengikut selera kita dengan pergi  ke Settings > Accessibility > TalkBack > Settings > Manage shortcut gestures.