Selasa, 11 Jun 2013

Android accessibility: Samsung Galaxy Chat – interaksi dengan papan kekunci

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu ciri utama yang membezakan Samsung Galaxy Chat dengan model berjenama Samsung lainnya ialah papan kekunci fizikal QWERTY. Papan kekunci fizikal qwerty ini mempunyai 37 bebutang yang disusun pada 4 lajur. Menekan salah satu butang pada papan kekunci merupakan cara berinteraksi dengan telefon ini.

Talk back akan berbunyi mengikut apa yang ditekan pada bsesuatu butang. Contohnya, jika butang pertama sebelah kiri pada lajur pertama   ditekan sekali, talk back akan berbunyi "p".

Sesuatu butang mesti ditekan terlebih dahulu untuk mengetahui huruf yang hendak dipilih. Ini adalah kelemahan menggunakan papan kekunci fizikal berbanding dengan penggunaan papan kekunci virtual.
Butang-butang yang mewakili abjad-abjad pada telefon ini  disusun sama seperti papan kekunci komputer. beberapa butang untuk kegunaan istimewa seperti kegunaan penukaran huruf besar/kecil, aksara bukan huruf (seperti nombor), delete/backspace, chat, bahasa dan contact juga disediakan.

Berikut disenaraikan kedudukan  butang-butang istimewa yang digunakan untuk tugas-tugas khusus pada telefon pintar ini.


  • Butang yang terletak pada lajur kedua sebelah paling kanan dilabelkan sebagai "backspace". Ia digunakan untuk memadam aksara yang terletak sebelum kedudukan cursor semasa.

  • Butang yang terletak pada lajur ke tiga paling kiri dilabelkan dengan "shift". Ia digunakan untuk menukar dari huruf kecil ke huruf besar atau sebaliknya semasa menaip.

  • Butang yang terletak pada lajur ke tiga paling kanan dilabelkan dengan "Enter". Ia digunakan untuk mengesahkan pilihan atau untuk menyisipkan baris baharu semasa menaip.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat paling kiri dilabelkan dengan "alt". Ia   digunakan untuk menukar aksara yang diwakili pada sesuatu butang dari abjad ke simbol(termasuk nombor) atau sebaliknya.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat paling kanan  dilabelkan dengan "contact". Ia  digunakan untuk mempamirkan senarai konteks yang terdapat dalam simpanan telefon ini.

  • Butang yang terletak pada lajur ke empat kedua dari hujung kanan  dilabelkan dengan chat". Ia  digunakan untuk membuka aplikasi chat.

Tamat untuk topik ciri-ciri fizikal Samsung Galaxy Chat. Ada sebarang soalan?...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan