Isnin, 23 April 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer: menghasilkan shortcut untuk shutdown komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kiriman yang lepas, saya ada bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer yang bergantung sepenuhnya kepada perisian screen reader ketika hendak mematikan komputer.  Saya juga telah mencadangkan satu penyelesaian iaitu dengan mewujudkan shortcut untuk mematikan komputer walaupun perisian screen reader terhenti fungsinya.

 

shortcut  ini akan melakukan proses yang sama dengan prosedur penutupan komputer iaitu menutup semua program yang sedang berjalan kemudian mematikan komputer.  
 

  1. Pergi ke desktop
  2. Tekan rightClick di ruang kosong pada desktop.
  3. Pilih New
  4. Pilih Shortcut
  5. Tekan Enter. Satu Create shortcut wizard window akan terbuka
  6. pada Type the location of the item:  Edit text ,

    Taipkan "shutdown -s". Arahan “shutdown –s” digunakan supaya komputer menutup semua proses yang sedang berjalan kemudiannya mematikan komputer. 
  7. Tekan Tab hingga butang Next.
  8. Tekan Enter
    Satu create shortcut windows selanjutnya akan muncul 
  9. Pada Edit text berlabel type a name for this shortcut:

    Taipkan sebarang teks untuk menggambarkan proses shutdown komputer. Contohnya "Matikan komputer"
  10. Tekan Tab hingga butang finish.
  11. Tekan Enter.

    Window shortcut wizard akan tertutup. Satu teks “matikan komputer” wujud pada desktop. Untuk melaksanakan arahan shutdown, pergi ke teks “Matikan komputer” pada desktop, kemudian tekan enter. Tunggu sebentar, proses menghentikan semua program yang sedang berjalan seterusnya mematikan komputer akan bermula.

    Sebenarnya Teks “matikan komputer” pada desktop susah dicapai dalam keadaan perisian screen reader tidak berfungsi. Satu kekunci shortcut atau hot key perlu dihasilkan untuk mencapai teks “Matikan komputer” pada desktop. Langkah dibawah perlu dilakukan untuk menghasilkan kekunci shortcut tersebut.
  12. pada shortcut  shutdown yang baru dihasilkan,tekan  kekunci alt+enter (atau rightClick, pilih Properties). 

    Shortcut Tab dalam Windows “matikan komputer” properties akan dibuka.
  13. Tekan Tab sehingga “shortcut key hotkey”.
  14. Tekan kombinasi kekunci yang akan digunakan untuk mencapai teks “matikan komputer” pada desktop. Sebagai contoh tekan kekunci Ctrl+Alt+x.
  15. Tekan Tab sehingga butang Ok.
  16. Tekan enter.

    Windows “matikan komputer” properties akan tertutup.
  17. Apabila sudah sedia untuk mematikan komputer, tekan kekunci shortcut yang telah dihasilkan (ctrl+alt+x).
  18. Tunggu hasilnya.

Sabtu, 21 April 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer – masalah shut down

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang buta sangat bergantung kepada perisian screen reader ketika menggunakan komputer. Mereka akan hilang kawalan terhadap komputer jika perisian screen reader tersebut tidak berfungsi secara tiba-tiba. Jika keadaan ini berlaku, terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat, iaitu:-

  1. Mendapatkan bantuan orang celik
  2. Mematikan suis bekalan elektrik. Ini tidak dapat dilakukan jika mereka menggunakan komputer laptop
  3. Menekan butang power on pada komputer selama 5 saat untuk mematikannya.
Pilihan ke 2 dan 3 sangat tidak disyorkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kerosakkan pada hard disk. Pilihan lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengwujudkan shortcut bagi melakukan proses shutdown.

Jumaat, 6 April 2012

Aku, kawan, ibu dan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Usia aku sudah menjangkau hampir setengah abad. Aku juga sudah berkeluarga dengan 3 anak. Ramai kawan-kawan aku memperli dengan mengatakan, "dah tua-tuapun masih nak duduk bawah ketiak emak". Ironinya mereka yang memperli itu terdiri dari ibu yang sentiasa mengeluh tentang anak lelaki dan menantunya yang sudah lama tidak balik kampong...

Khamis, 5 April 2012

Muat turun Mozilla Thunderbird Portable versi 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.