Selasa, 31 Mei 2011

Cerita hijack komputer–senario

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Komputer yang selalu aku gunakan pernah dihijack. Itulah antara sebab blog ini pernah tidak dikemaskini untuk beberapa minggu. Pada mulanya aku tidak menyedari komputer aku telah dihijack sehinggalah beberapa simptom-simptom mula memberikan reaksi yang ketara. Antara simptom-simptom yang ditunjukkan ialah:-

  • Jika aku memilih pautan dalam search result dari enjin pencari, ia akan redirict ke laman web lain.
  • URL yang dimasukkan dalam adress bar juga akan redirect ke laman yang lain.
  • default pages pada tetapan dalam web browser tidak boleh ditukar.
  • Program Windows registry tidak boleh dibuka untuk dilaksanakan.
  • Isi kandungan dalam fail “hosts” telah bertukar.

Meformat Cakera keras merupakan cara yang terlintas di dalam fikiranku. Walaupun cara ini praktikal untuk dilakukan namun kemungkinan komputerku dihijack semula adalah tinggi….

Jumaat, 27 Mei 2011

Membuat shortcut untuk “enable / disable” LAN dalam Windows 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai pengguna yang biasa dengan Windows Xp, saya menghadapi masalah untuk “enable / disable” LAN. Windows 7 tidak memberikan ciri-ciri ini ketika saya  right-click pada ikon LAN atau internet connection yang berada pada “system tray”. Satu daripada cara yang boleh saya lakukan ialah dengan mewujudkan shortcut di desktop bagi menyelesaikan masalah ini.

Saya telah melakukan tertib di bawah untuk menghasilkan shortcut tersebut:

  1. Pergi ke “System tray”.
  2. Pergi ke ikon network adepter atau Internet access.
  3. Right-click atau tekan kekunci application pada Network internet connection / adepter yang berkenaan. Satu popup akan muncul dengan beberapa pilihan.
  4. Ppilih “Open Network and Sharing Center”.
  5. Tekan Tab sehingga “Change adepter settings” dan tekan enter. Satu atau lebih LAN adepter yang terdapat pada komputer telah sedia untuk dipilih. 
  6. Pergi ke LAN adepter yang saya hendak hasilkan shortcut untuknya kemudian right click atau tekan kekunci application. Satu popup akan muncul. 
  7. Pilih “create shortcut”.
  8. Satu dialog box yang menyatakan satu shortcut akan dihasilkan di desktop. Pilih ok pada dialog box  tersebut.
  9. Hasilnya satu shortcut akan diwujudkan di desktop dengan nama “Local Area Network Connection –shortcut”.

Khamis, 26 Mei 2011

Kenaikan harga barang keperluan, episod bangau oh bangau…

Aku teringat lagu “Bangau Oh! Bangau”, lalu,
Kalau ular tak nak makan katak, katak tak akan panggil hujan
kalau katak tak panggil hujan, hujan tak timpa kayu
kalau hujan tak timpa kayu, kayu api tak habis basah
kalau kayu api tak habis basah, nasi tak mentah
kalau nasi tak mentah, perut kerbau tak sakit
kalau perut kerbau tak sakit, rumput tak panjang sangat
kalau rumput tak panjang sangat, ikan akan timbul
kalau ikan timbul bangau tak akan kurus...

 

Jika akulah bangau itu yang semakin kurus fizikal dan poket, siapakah “ular” itu yang menjadi bapak dan ibu kepada segala punca masalah kenaikan harga barangan keperluan?.

Isnin, 23 Mei 2011

Catatan lewat Hari Ibu - Jasa bonda (Warisan)

Di saat kau lena
dia berjaga
Kau bersenang
dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah
berpesan pesan Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Sabtu, 21 Mei 2011

Satay pada majlis ulang tahun ke 10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kiriman ini aku taip sebaik sahaja aku balik dari menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan bagi Persatuan Penduduk di taman perumahan tempat aku bermastautin. Selain mesyuarat agong tahunan, , persatuan tersebut turut mengadakan jamuan sempena 10 tahun taman perumahan ini mula dihuni. Dalam sedar tak sedar, kami sekeluarga sudah tinggal disini selama sepuluh tahun.

Persatuan Penduduk itu merangkumi 120 buah rumah iaitu 99 perumahan baharu dan yang selebihnya perumahan lama. Persatuan ini mempunyai  80 ahli yang terdiri daripada masyarakat keturunan Melayu dan Cina.

Majlis diakhiri dengan jamuan satay.

Jumaat, 20 Mei 2011

Mixed Grill dan Lai Chee Kang pada Hari Ulang tahun Kelahiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Langit hitam pekat bersama rerenyai hujan, dia pulang awal dari pejabat. Lalu dia mengajakku untuk meraikan Hari Ulangtahun Kelahiranku. Aku dia dan putera bongsuku menuju destinasi, sebuah cakrok memjual makanan barat. Hujan lebat mencurah sesampainya kami ke situ, seolah-olah turut bersama meraikan majlis mikro tersebut.

Sayangku, terima kasih kerana meraikan aku untuk kesekian kali…