Jumaat, 12 November 2010

Memasang dan membuat tetapan Wamp Server

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah memuat turun fail wamp server, aku menjalankan pemasangan perisian tersebut dengan pilihan tetapan default.

Selesai pemasangan, aku menjalankan Wamp Serverdengan, Start,Program, Wamp Server, Start Wamp Server. Satu icon Wamp server akan wujud di System tray.

Jika IIS yang sedia terpasang, sedang berjalan, dan aku memulakan WAMP server, lalu aku memasukkan "http://localhost" di browser, halaman IIS yang terbuka.

Untuk menjalankan WAMP Server bersama-sama dengan IIS, aku perlu menetapkan port 8080 ke Wamp Server. Aku akan mengakses Wamp Server menggunakan "http://localhost8080" dan IIS pula menggunakan "http://localhost".

Untuk melakukan ini, aku perlu pergi ke icon WAMP Server pada system tray dan tekan left klick padanya kemudian pilih Apache Wamp Server, pilih httpd.conf. Fail httpd.conf akan dibuka menggunakan notepad.

Tekan Ctrl+f atau Alt,e,f kemudian taipkan listen 80. Tukar 'Listen 80' menjadi 'Listen 8080'. Save fail tersebut dan restart WAMP.

Aku telah berjaya menjalankan skrip php pertamaku dengan memasukkan, “http://localhost:8080/hello.php” pada browser. Sebelum itu aku telah meletakkan skrip php, hello.php ke dalam folder “c:\wamp\www\”.

Khamis, 11 November 2010

Muat turun Uniform Server dan Wamp Server

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku telah berjaya memuat turun perisian bernama Wamp Server dan Uniform Server melalui pautan berikut:-

1. Wamp Server melalui http://www.wampserver.com

2. Uniform Server melalui http://www.uniformserver.com

Rabu, 10 November 2010

Aku ingin belajar php

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama aku ingin belajar pengaturcaraan php tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak bermula. Setelah aku menggoogle di internet, aku dapati bahawa pengaturcaraan php adalah jenis Script kawasan pelayan (server side script). Ini bermakna aku perlukan perisian aplikasi pelayan (server software application) untuk melaksanakannya.

Aku meneruskan penggooglean bagi mengetahui langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat pengaturcaraan php menggunakan pc Windows xp. Akhirnya aku temui perisian aplikasi server untuk membolehkan aku melaksanakan keinginanku. Perisian sumber terbuka untuk memenuhi keperluan pengaturcaraan php yang aku maksudkan ialah Uniform Server atau Wamp Server.

Jumaat, 16 Julai 2010

Julai, Selsema babi dan "wash your hands too"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ketika posting ini ditaip, bulan Julai sudah masuk minggu ke dua. Bulan Julai ada meninggalkan sejarahnya, yang tersendiri kepada keluarga kami.

 

Pada bulan Julai tahun 2009 yang lalu, anak kami telah dijangkiti selsema babi. Sekolah anak kami telah ditutup selama satu minggu. Anak kami telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kurantin di rumah. Sebagai langkah keselamatan lainnya, anak kami juga diwajibkan memakai topeng ketika berada di rumah. Dia juga dikehendaki sentiasa berada di dalam bilik. Segala kelengkapan dan makanan yang digunakannya tidak boleh dikongsi oleh orang lain.

 

Akibat dari musibah tersebut, hasrat kami sekeluarga balik kampong  bagi mengadakan kenduri menyambut ketibaan bulan Ramadhan terpaksa dibatalkan.

Selama seminggu kami terpaksa memerap di rumah sahaja.

 

Setahun sudah berlalu, Julai muncul kembali. Sebagai peringatan (sekurang-kurangnya kepada keluarga kami), hayatilah senikata di bawah. Untuk layan lagu ini, sila klik pautan ini http://www.youtube.com/watch?v=lViRlo1_b1o  

 

I dowan you to touch me baby

You go toilet nair wash hand right?

 

When you wash your body, wash your hands too

When you wash your body, wash your hands too

You don’t want get swine flu

Or someone pass to you

You better wash your body your body your body

 

H1N1 is confirm no fun

Be careful where you go, US or Mexico

If you have temperature that mean you got fever

Don’t just take honey, this flu is not farny

 

Maybe it’s time to wear a mask

Maybe you have forgotten SARS

Whatever the weather, must bring ther-mo meter

Stick it in your armpit or down there!

 

When you wash your body, wash your hands too

When you wash your body, wash your hands too

Though the level is yellow

Don’t be dirty fellow

You better wash your body your body your body

 

When you wash your body, wash your hands too

When you wash your body, wash your hands too

Must wash after poo poo

Or germs will stick to you

Wash more than your body your body your body

 

I know you use finger, don’t let the smell linger

I know you dig gold, and wipe on some pole

You scratch your backside, and think you can hide

You play your below, take ice from my Milo

 

Maybe it’s time to be hygiene

Maybe you should be quarantined

Don’t be a spreader, we stay clean together

We’ll pick the kutus from each other’s hair!

 

When you wash your body, wash your hands too

When you wash your body, wash your hands too

If you think you’re infected

Don’t blur block go Orchard

Don’t pass to somebody somebody somebody

 

When you wash your body, wash your hands too

When you wash your body, wash your hands too

Must wash after pang jio

The Wonder Girls damn chio

They dowan your body your body your body

 

Back in the days when we only took a bath monthly now

Looking at you I feel, as sick Kim Jong Ill

Your breath smell like kimchi, you see

There’s no vaccine eugene

Go wash your body

Your body your body, wash your hands too

 

Khamis, 15 Julai 2010

Menukar "Time Zone" pada akaun Google dan Yahoo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Menukar Time Zone pada Akaun Google.

 

1.       Login ke akaun gmail.

2.        Cari, kemudian pilih “setting”.

3.       Cari, kemudian pilih Account setting.

4.       Cari “Google Account Settings:”, kemudian, pilih “visit google account setting” (Tekan Alt+n jika diperlukan untuk “temporary enable popup”).

5.       . Cari, kemudian pilih “edit personal info”.

6.       Tekan Tab sehingga "country (optional) combo Box", cari, kemudian pilih “Malaysia”.

7.       Tekan Tab,Pada "time zone (optional) combo box" Pilih “(GMT +8 o'clock) Kuala Lumpur”. Jika senarai Time Zone tidak muncul, tekan tab, kemudian check pada “show all time zone”. Kemudian tekan shift+tab untuk membuat pilihan “time zone”.  

8.       Tekan Tab hingga butang save, tekan enter.

9.       Log keluar dari akaun gmail, kemudian log masuk semula.

 

Menukar “time Zone” untuk akaun Yahoo

 

1.       Log masuk  ke akaun mel yahoo.

2.       Cari dan pilih nama akaun yahoo (biasanya selepas perkataan “welcome”).

3.       Satu skrin “Account information” akan muncul, masukkan password, tekan enter.

4.       Tekan tab hingga "set language, sites, and time zone", tekan enter.

5.       Tekan tab hingga, "Time zone:, combo box", cari dan Pilih "GMT + 8 o'clock Singapore".

6.       Tekan tab, pada butang "save" tekan enter.

7.       Log keluar dari akaun yahoo kemudian log masuk semula.

 

Sabtu, 3 Julai 2010

Sayang sarawak Sungainya Sempit..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sayang Sarawak sungainya sempit
Berbuah nenas lamun-lamunan
Hendakku bawa perahuku sempit
Tinggallah emas tinggal junjungan

Lagu yang berkumandang dari corong radio nyanyian Allahyarham Sudirman, membawa memoriku  kembali kemasa dahulu. Aku tidak pasti bila kali akhir aku ke sana tetapi sudah  pasti lebih sepuluh tahun yang lalu. Bukan sekali, bukan juga dua kali tetapi lebih lima kali aku pernah ke sana.

Aku pernah menyusuri Sungai di Sarawak, mudik ke hulu dari Sibu hingga ke Kapit selepas berlabuh sebentar di Song. Sungai di Sarawak amat luas, tidak sesempit yang tergambar pada lagu itu.

Pada masa itu aku menaiki bot 2 tingkat bernama Hasqvarna, bukan perahu sempit hingga terpaksa meninggalkan kekasih.

Pernah juga aku menaiki  bot dari Sibu ke Serikei dan terus ke Kuching. Tidak terlihat olehku nenas di tebingnya untuk dijadikan lamunan.

Aku rindu untuk ke sana semula tetapi bila?……

Jumaat, 2 Julai 2010

Catatan 17 Jun 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi itu aku tidak merancang untuk kemana-mana. Ketika itu cuti sekolah sudah masuk minggu ke dua. Kami sekeluarga sudah memenuhkan musim percutian tersebut dengan berkelah ke Port Dickson dan balik ke kampong. Nampaknya anak-anakku tidak betah terkurung di rumah sahaja.

Satu cadangan dari anak-anakku terpaksa aku persetujui. Kami bertiga akan keluar membuang wang dan masa di Berjaya Time Square. Sebelum ke sana aku mengajak mereka ke Kompleks MAB di Brickfields.

Aku menaiki teksi untuk ke Kompleks MAB pada pukul 10 pagi. Sesampai di sana kami terus ke Perpustakaan untuk membeli Jam. Aku diberikan 3 pilihan 3 jenis jam. Aku membeli jam berbentuk hati kerana ia menggunakan bateri AAA untuk membolehkan ia berfungsi.

Ketika aku hendak meninggalkan Kompleks MAB, anakku memberitahu dia melihat Tuan Silaturrahim sedang berehat di lobi Kafe Siber. Aku menghampiri dan menyapa.Pertuturannya yang kool membayangkan dia masih seperti dahulu, penuh keikhlasan, kejujuran dan keyakinan. Aku tidak lama berbual dengannya. Perniagaan menjadi topik yang mendominasi perbualan kami dan aku diajak menyertainya.

Sudah dua tahun aku tidak berhubung dengan Tuan Silaturrahim. Aku mula berkenalan dengannya kira-kira empat tahun yang lalu secara tidak sengaja ketika kali kedua berkunjung ke Kompleks MAB. Kami berpisah denganTuan Silaturrahim kira-kira pukul sebelas untuk ke setesen monorel….

Sabtu, 26 Jun 2010

Muat turun fail youtube menggunakan free video downloader

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekurang-kurangnya terdapat 3 cara untuk memuat turun fail daripada http://www.youtube.com. Cara-cara yang saya maksudkan ialah:-

  1. Melalui laman web  seperti http://www.keepvid.com
  2. Menggunakan perisian yang dimuat turun kedalam computer  seperti youtubedownloader
  3. Menggunakan adds-in/plugins sepertivideo helper untuk pelayar Mozilla Firefox.

Pada posting kali ini saya akan bercerita mengenai kaedah yang ke 3 diatas. Untuk tujuan itu, saya akan menggunakan perisian yang dinamakan Freevideodownloader yang di keluarkan oleh Jazek Pazera dari Pazera Software. Saya memilih perisian ini untuk diceritakan kerana:-

  1. Perisian ini seratus peratus percuma. Saya boleh memuat turun dan menggunakannya tanpa mendaftar, tanpa ikatan, tanpa iklan dan tanpa bayaran
  2. Perisian ini Tidak perlu dipasang. Saya hanya perlu memuat turun, unzip dan guna. Oleh kerana ia tidak perlu dipasang, tiada Windows registry terlibat. Selain itu ia juga boleh digunakan melalui peralatan mudah alih.
  3. Perisian ini 95 peratus Serasi dengan perisian pembaca skrin.
  4. Perisian ini berfungsi untuk menukarkan dari format-format  video ke format video yang lain atau kepada format audio. Selain itu terdapat pilihan untuk memuat turun fail dengan kualiti tinggi, sederhana dan rendah mengikut keupayaan bandwith saya.

Saya akan menceritakan cara-cara penggunaan perisian ini untuk memuat turun fail dari youtube pada posting akan datang. Kepada sesiapa yang berminat dengan perisian ini, muat turun fail tersebut dengan membuka pautan di bawah posting ini.

Setelah fail tersebut di muat turun, unzipkan ke dalam folder yang mudah untuk dicapai. Saya mencadangkan supaya ia diunzipkan dan diletak pada desktop.

Pautannya seperti di bawah…

   http://www.pazera-software.com/download.php?id=0011&f=Free_Video_Downloader.zip

Jumaat, 25 Jun 2010

Aku, Blog dan jaringan sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah lebih empat bulan blog ini tidak dikemaskini. Sepanjang tempoh tersebut banyak peristiwa yang berlaku untuk aku ceritakan. Aku tidak melakukannya kerana sebab, alasan atau dalih tersendiri. Bagi sesetengah blogawan, laman jaringan sosial Facebook telah menjadikan laman blog mereka bersawang. Itukah dilema yang aku hadapi?….

Ahad, 21 Februari 2010

Tadika, aku dan komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Papa, Adik baharu dapat buku, dari sekolah dan cikgu suruh mama balut," putera bongsuku yang berusia 6 tahun dengan riang menunjukkan buku bertajuk ‘Pengetahuan Am’.

"Sementara mama membalut buku yang lain, ceritakan pada papa gambar apa yang terdapat di dalam buku adik," aku membalas untuk tidak menghampakannya.

"Pada muka surat satu, ada gambar komputer."

"Bacakan pada papa apa yang ditulis di bawah gambar komputer itu?" aku mula ingin tahu.

"Terdapat gambar dan tulisan, monitor, tetikus, papan kekunci, kotak pemprosesan dan kabel," puteraku membaca satu persatu teks yang terdapat di bawah figura pada buku tersebut.

"Adik beruntung kerana mengenali komputer seawal peringkat tadika. Waktu papa, pelajaran komputer hanya diajar di peringkat universiti pada tahun satu untuk kursus komputer. Manakala untuk kursus lain ianya diajar mulai tahun dua atau tiga.

"Dahulu papa pernah masuk ke universiti?," Puteraku tersenyum sambil berlalu bersama buku untuk dibalut oleh mamanya....