Selasa, 2 Ogos 2011

Bagaimana orang buta menggunakan komputer–screen reader dan interaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman yang lepas, aku telah bercerita tentang perisian screen reader dan peranti output. Untuk kiriman kali ini, aku akan bercerita tentang bagaimana interaksi antara orang buta dengan komputer. Komputer yang digunakan telahpun terpasang perisian screen reader. Outputnya merupakan suara yang dikeluarkan melalui speaker. Manakala keyboard digunakan sebagai peranti input.

Ketika komputer dihidupkan, perisian screen reader akan diaktifkan oleh sistem pengoperasian. Perisian screen reader ini akan mendapatkan semua teks yang terpamir pada skrin komputer. Teks-teks ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk suara. Oleh sebab itu perisian screen reader juga dikenali sebagai perisian Text to speach atau ringkasnya tts. Suara-suara tadi akan dibunyikan mengikut arahan-arahan yang disediakan oleh perisian screen reader.

Pengguna komputer menggunakan papan kekunci sebagai peranti input. Screen reader menyediakan proses simulasi mouse agar arahan dari mouse digantikan dengan input dari papan kekunci. keyboard shortcut juga digunakan sebagai pengganti arahan yang digunakan melalui mouse.