Khamis, 30 Jun 2011

CsP nak bagi hadiah


Cerita Si Padlie

 

Kiriman yang saya minati ialah

Apollo: Misi manusia ke bulan [Part III]

Terdapat banyak teori pendaratan manusia ke bulan. Ada yang menghuraikan dari sudut astro-sains, teori konspirasi dan kepercayaan agama. Blog CsP telah menghuraikan topik ini secara santai, tidak terlalu saintifik dan mudah difahami oleh pembaca blog dari berbagai latar pendidikan.

 

Untuk menambahbaikan lagi Blog CsP, saya mencadangkan supaya blog Csp ini diwujudkan juga dalam versi mobile kerana:-

  1. . Boleh dicapai melalui pelbagai browser
  2. Boleh dicapai melalui pelbagai peranti seperti telefon pintar, i pad dan telefon bimbit.
  3. Boleh dicapai dengan pantas dan murah bagi pengguna pekej gprs, edge dan 3G
  4.   Boleh dicapai dengan mudah oleh orang kurangupaya penglihatan yang menggunakan perisian screen reader.

 

Saya dah tag ke Cikgu-azhar dan Besiwaja

Khamis, 2 Jun 2011

Cerita hijack komputer–Mengenali Spybot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman yang lalu, aku telah bercerita tentang percubaan memuat turun, memasang dan menjalankan beberapa perisian anti virus, anti spyware, anti trojan dan anti hijack. Satu andaian yang boleh aku buat ialah, sesuatu perisian keselamatan yang dibangunkan adalah ditujukan untuk sesuatu kategori ancaman. Sebagai contoh, perisian antivirus digunakan untuk ancaman jenis virus manakala perisian firewall digunakan untuk ancaman jenis godaman. Masalah yang aku hadapi pula boleh dikategorikan sebagai hijack yang memerlukan perisian anti hijack untuk memulihkannya

Ancaman hijack merupakan subkategori kepada kategori ancaman jenis spyware. Seperti yang telah aku ceritakan, aku telah menguji beberapa perisian kategori anti spyware seperti malwarebyte, adware remover dan hijackthis. Kesemua hasil percubaan yang aku lakukan tidak dapat memulihkan komputerku sepenuhnya sehinggalah aku mencuba satu perisian yang bernama spybot.

Spybot Search & Destroy (S&D) merupakan perisian popular penghapus spyware dan adware yang serasi dengan sistem pengoperisian Windows dari versi 95 hingga Windows versi 7. Ia mengimbas cakera keras, pemproses dan RAM dari sebarang ancaman perisian kategori spyware. Versi 1.6 merupakan versi terkini yang stabil tersedia untuk dimuat turun manakala versi 2.0 beta boleh juga dicuba. Perisian ini dibangunkan oleh Safer Networking (http://www.safer-networking.org). Laman web portableApps.com turut menyediakan Spybot versi 1.6 portable.

Dapatkan Spybot 1.6 versi installer di sini, http://www.safer-networking.org/en/ownmirrors1/index.html 

Untuk Spybot versi 1.6 versi portable pula dapatkannya di sini, http://portableapps.com/apps/security/spybot_portable

Rabu, 1 Jun 2011

Cerita Hijack komputer–Beberapa pilihan penyelesaian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman sebelum ini, aku telah bercerita tentang beberapa simptom yang menunjukkan komputer aku telah dihijack. Aku juga telah bercadang untuk meformat cakera keras sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan komputer aku seperti keadaan asal. Memandangkan banyak kerja-kerja pemasangan perisian selepas tugas meformat, maka kaedah meformat cakera keras merupakan pilihan terakhir untuk dilakukan.

Beberapa penyelesaian telah aku fikirkan. Dengan Menggunakan teknik cuba dan jaya (try and success), aku telah melakukan percubaan berikut:-

  • Mengimbas komputer menggunakan perisian antivirus
    Aku telah mengimbas keseluruhan sistem komputer menggunakan perisian antivirus terkini seperti Avira, AVG dan PC Tools. Walaupun banyak virus dapat dikesan dan dimusnahkan namun masalah masih tidak selesai.
  • Reset ke default, terhadap isi kandungan fail “hosts”
    Kaedah ini juga tidak menyelesaikan masalah.
  • Menjalankan “Windows Fixit”
    Tool ini aku jalankan untuk mengembalikan tetapan internet termasuk isi kandungan “hosts” ke tetapan default. Ia juga tidak menyelesaikan masalah.
  • Menjalankan perisian anti spyware
    Banyak perisian anti spyware yang aku muat turun dari internet untuk dicuba. perisian tersebut terdiri dari berbagai versi, antaranya freeware, trial version, shareware dan beta version. Contoh perisian dalam kategori ini ialah hijackthis, adware remover, trojan remover, stopzilla, malware byte, spyware doctor,donothijack dan spyware blaster. Beberapa simptom yang menjangkiti komputer yang dihijack telah dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan keseluruhannya. Terdapat beberapa perisian yang aku jalankan merupakan perisian malware yang turut menambah masalah yang sedia ada.

Ketika aku hampir putus asa, aku telah bertemu dengan perisian yang diberinama spybot…