Khamis, 2 Jun 2011

Cerita hijack komputer–Mengenali Spybot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman yang lalu, aku telah bercerita tentang percubaan memuat turun, memasang dan menjalankan beberapa perisian anti virus, anti spyware, anti trojan dan anti hijack. Satu andaian yang boleh aku buat ialah, sesuatu perisian keselamatan yang dibangunkan adalah ditujukan untuk sesuatu kategori ancaman. Sebagai contoh, perisian antivirus digunakan untuk ancaman jenis virus manakala perisian firewall digunakan untuk ancaman jenis godaman. Masalah yang aku hadapi pula boleh dikategorikan sebagai hijack yang memerlukan perisian anti hijack untuk memulihkannya

Ancaman hijack merupakan subkategori kepada kategori ancaman jenis spyware. Seperti yang telah aku ceritakan, aku telah menguji beberapa perisian kategori anti spyware seperti malwarebyte, adware remover dan hijackthis. Kesemua hasil percubaan yang aku lakukan tidak dapat memulihkan komputerku sepenuhnya sehinggalah aku mencuba satu perisian yang bernama spybot.

Spybot Search & Destroy (S&D) merupakan perisian popular penghapus spyware dan adware yang serasi dengan sistem pengoperisian Windows dari versi 95 hingga Windows versi 7. Ia mengimbas cakera keras, pemproses dan RAM dari sebarang ancaman perisian kategori spyware. Versi 1.6 merupakan versi terkini yang stabil tersedia untuk dimuat turun manakala versi 2.0 beta boleh juga dicuba. Perisian ini dibangunkan oleh Safer Networking (http://www.safer-networking.org). Laman web portableApps.com turut menyediakan Spybot versi 1.6 portable.

Dapatkan Spybot 1.6 versi installer di sini, http://www.safer-networking.org/en/ownmirrors1/index.html 

Untuk Spybot versi 1.6 versi portable pula dapatkannya di sini, http://portableapps.com/apps/security/spybot_portable

Tiada ulasan:

Catat Ulasan