Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman sebelum ini, aku telah bercerita tentang beberapa simptom yang menunjukkan komputer aku telah dihijack. Aku juga telah bercadang untuk meformat cakera keras sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan komputer aku seperti keadaan asal. Memandangkan banyak kerja-kerja pemasangan perisian selepas tugas meformat, maka kaedah meformat cakera keras merupakan pilihan terakhir untuk dilakukan.
Beberapa penyelesaian telah aku fikirkan. Dengan Menggunakan teknik cuba dan jaya (try and success), aku telah melakukan percubaan berikut:-
- Mengimbas komputer menggunakan perisian antivirus
Aku telah mengimbas keseluruhan sistem komputer menggunakan perisian antivirus terkini seperti Avira, AVG dan PC Tools. Walaupun banyak virus dapat dikesan dan dimusnahkan namun masalah masih tidak selesai. - Reset ke default, terhadap isi kandungan fail “hosts”
Kaedah ini juga tidak menyelesaikan masalah. - Menjalankan “Windows Fixit”
Tool ini aku jalankan untuk mengembalikan tetapan internet termasuk isi kandungan “hosts” ke tetapan default. Ia juga tidak menyelesaikan masalah. - Menjalankan perisian anti spyware
Banyak perisian anti spyware yang aku muat turun dari internet untuk dicuba. perisian tersebut terdiri dari berbagai versi, antaranya freeware, trial version, shareware dan beta version. Contoh perisian dalam kategori ini ialah hijackthis, adware remover, trojan remover, stopzilla, malware byte, spyware doctor,donothijack dan spyware blaster. Beberapa simptom yang menjangkiti komputer yang dihijack telah dapat dikurangkan walaupun tidak dapat dihapuskan keseluruhannya. Terdapat beberapa perisian yang aku jalankan merupakan perisian malware yang turut menambah masalah yang sedia ada.
Ketika aku hampir putus asa, aku telah bertemu dengan perisian yang diberinama spybot…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan