Jumaat, 10 Ogos 2018

Disable dan enable skrin sign-in selepas komputer wake-up dari sleep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masalah mungkin timbul kepada pengguna komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 10, terutamanya Home Edition, ialah akan terpaparnya sign-on screen setelah komputer wake-up dari sleep. Ia berlaku kerana beberapa ciri-ciri yang terdapat pada tetapan Windos 10 Home Edition telah ditiadakan.

Ikuti langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah di atas;

Tekan kekunci Windows + X untuk membuka menu Power User, dan pilih Command Prompt (admin).

  1. Jika kita hendak disable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bateri,  taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:

    powercfg /SETDCVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 0

  2. Jika kita hendak disable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bekalan elektrik,  taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:

    powercfg /SETACVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 0

  3. jika kita hendak enable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bateri,  taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:

    powercfg /SETDCVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 1

  4. Jika kita hendak enable skrin sign-in selepas komputer wake-up dan komputer menggunakan bekalan elektrik,  taip arahan berikut dan tekan kekunci enter:

    powercfg /SETACVALUEINDEX SCHEME_CURRENT SUB_NONE CONSOLELOCK 1