Jumaat, 12 November 2010

Memasang dan membuat tetapan Wamp Server

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah memuat turun fail wamp server, aku menjalankan pemasangan perisian tersebut dengan pilihan tetapan default.

Selesai pemasangan, aku menjalankan Wamp Serverdengan, Start,Program, Wamp Server, Start Wamp Server. Satu icon Wamp server akan wujud di System tray.

Jika IIS yang sedia terpasang, sedang berjalan, dan aku memulakan WAMP server, lalu aku memasukkan "http://localhost" di browser, halaman IIS yang terbuka.

Untuk menjalankan WAMP Server bersama-sama dengan IIS, aku perlu menetapkan port 8080 ke Wamp Server. Aku akan mengakses Wamp Server menggunakan "http://localhost8080" dan IIS pula menggunakan "http://localhost".

Untuk melakukan ini, aku perlu pergi ke icon WAMP Server pada system tray dan tekan left klick padanya kemudian pilih Apache Wamp Server, pilih httpd.conf. Fail httpd.conf akan dibuka menggunakan notepad.

Tekan Ctrl+f atau Alt,e,f kemudian taipkan listen 80. Tukar 'Listen 80' menjadi 'Listen 8080'. Save fail tersebut dan restart WAMP.

Aku telah berjaya menjalankan skrip php pertamaku dengan memasukkan, “http://localhost:8080/hello.php” pada browser. Sebelum itu aku telah meletakkan skrip php, hello.php ke dalam folder “c:\wamp\www\”.

Khamis, 11 November 2010

Muat turun Uniform Server dan Wamp Server

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku telah berjaya memuat turun perisian bernama Wamp Server dan Uniform Server melalui pautan berikut:-

1. Wamp Server melalui http://www.wampserver.com

2. Uniform Server melalui http://www.uniformserver.com

Rabu, 10 November 2010

Aku ingin belajar php

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama aku ingin belajar pengaturcaraan php tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak bermula. Setelah aku menggoogle di internet, aku dapati bahawa pengaturcaraan php adalah jenis Script kawasan pelayan (server side script). Ini bermakna aku perlukan perisian aplikasi pelayan (server software application) untuk melaksanakannya.

Aku meneruskan penggooglean bagi mengetahui langkah-langkah yang diperlukan untuk membuat pengaturcaraan php menggunakan pc Windows xp. Akhirnya aku temui perisian aplikasi server untuk membolehkan aku melaksanakan keinginanku. Perisian sumber terbuka untuk memenuhi keperluan pengaturcaraan php yang aku maksudkan ialah Uniform Server atau Wamp Server.