Selasa, 31 Januari 2012

Thunderbird versi 9.0.1 edisi portable – Prasyarat pemasangan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ada menyatakan dalam kiriman sebelum ini bahawa satu pautan untuk memuat turun perisian Thunderbird versi 9.0.1 edisi portable akan disediakan. Sebenarnya, beberapa perkara perlu dilakukan atau dipastikan terlebih dahulu sebelum perisian ini dimuat turun, dipasang dan ditetapkan untuk digunakan.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan tersebut ialah:-

  1. Memiliki atau membuat akaun gmail .
  2. Enable pop pada akaun gmail

Saya memilih gmail kerana proses enable pop pada akaun ini boleh ditetapkan  dengan mudah dan pantas.

Khamis, 26 Januari 2012

Capaian akaun mel danpengenalan Thunderbird 9.0.1 edisi portable

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Secara umumnya setiap pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel. Pemegang akaun emel mempunyai lebih dari 3 cara untuk membuat capaian kepada  akaun emel. Mereka mempunyai banyak sebab mengapa sesuatu cara capaian emel dipilih. Cara-cara capaian yang saya maksudkan ialah

  • melalui web browser
  • melalui perisian email client seperti Microsoft outlook, Eudora dan Thunderbird
  • melalui perisian yang digunakan bersama-sama dengan peranti telefon pintar seperti Black berry messenger.

 

Kali ini saya akan bercerita pengalaman saya menggunakan salah satu daripada cara di atas Saya memilih  cara mencapai emel menggunakan perisian Thunderbird versi 9.0.1. Perisian mel client yang saya gunakan ini telah diubahsuai ke dalam edisi portable. Ini bermakna seluruh perisian termasuklah pelancar, tetapan, message box (inbox, draft, junk dan outgoing), adds-in dan contact boleh disalin ke dalam pemacu mudah alih untuk dibawa dan dibuka pada komputer yang lain.

Mozilla Thunderbird ialah sebuah perisian mail client dan news client percuma, sumber terbuka, rentas-pelantar yang dibangunkan oleh Mozilla Foundation. Mozilla Foundation merupakan pembangun Mozilla Firefox iaitu satu perisian web browser sumber terbuka
Ketika catatan ini dibuat edisi installer  terkini yang setabil ialah versi 9.0.1, manakala versi 10 beta boleh juga didapati. Sebagaimana dalam edisi installer, versi yang sama juga boleh didapati dalam edisi portable. Untuk makluman, Mozilla Thunderbird edisi portable bukan  dihasilkan oleh Mozilla Foundation.

Saya akan maklumkan pautan bagi memuat turun perisian Mozilla Thunderbird versi 9.0.1 edisi portable pada kiriman akan datang.