Isnin, 19 Mei 2008

Selamat Hari Ibu Selamat Hari Bapa

untitled 1 framePada hari ini 19 hb Mei, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Hari Bapa khusus untuk kedua-dua ibubapaku. Mengapa aku mengucapkannya pada hari inidan bukan pada hari-hari yang telah diwartakan ataupun pada hari-hari yang lain?. Walaupun ada orang yang mengatakan Hari Ibu dan Hari Bapa sepatutnyadiraikan pada setiap hari, maknanya 364 kali setahun. Namun aku ingin mengetahui samada sesiapa setiap hari ada yang mengucapkan "Selamat Hari Ibu danSelamat Hari Bapa", namun yang pastinya aku tidak mengamalkannya begitu juga dengan anak-anakku.Sebenarnya pada Hari inilah kedua-dua mereka secara rasmi menjadi ibu dan bapaku. Pada tarikh Masihi inilah secara fizikalnya aku menjadi anak mereka secarabiologi, perundangan dan Islam.Pada 11 hb. Mei yang lalu aku ada membaca dua tiga blog yang mengucapkan selamat Hari Ibu. Bermacam-macam ungkapan, kata-kata, nukilan atau apa juga bentuktulisan nan indah untuk ibu mereka. Seperti juga blog ini, yang pastinya ibu dan bapaku tidak akan menatapinya. Malah ada juga blogger yang mengucapkanSelamat Hari Ibu Kepada mereka yang telah tiada.Ketika ucapan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa, sebenarnya ianya merangkumi ucapan Hari Wanita, Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Polis, Hari AngkatanTentera dan bermacam-macam hari lagi.Apa signifikannya ucapan-ucapan ini?. Jawapan mudahnya ialah, posting dalam blog-blog tersebut dan blog ini bukanuntuk ibubapa yang tidak melungsurinya tetapi untuk orang lain, mungkin seperti orang Islam yang membaca talking….. untuk siapa?.Akhirnya, terimakasih ibu dan ayah atas segala-galanya……...

Khamis, 15 Mei 2008

Amalan untuk dimurah dan di dicukupkan rezeki


Amalan sebelum masuk ke dalam rumah agar sentiasa dicukupkan rezeki:-

  • Ucapkan salam walaupun diketahui tiada orang di dalamnya
  • Ucapkan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w(assalamualaika aiyuhannabiyu warokhmatullahiwabarakatuh)
  • Baca surah Al Ikhlas

Dipetik dari rancangan Al Zikrah di Kl fm 97.2fm oleh Ustaz Fauzi Mustafa pada 7.45 – 8.00 pagi 14 Mei 2008.

Selasa, 13 Mei 2008

Batu karang - 1


"Hasil laporan ujian air kencing dan ujian darah yang dijalankan di makmal saya dapati air kencing Azman mengandungi kadar protin yang tinggi," Doktor Mansor memberikan penjelasan.
"Apakah simptom yang ditunjukkannya?," aku bertanya.
"Gambar x-ray dan ultrasound ini pula menunjukkan terdapat tompok-tompok berukuran satu hingga dua milimeter dan ianya dipercayai batu karang, Ia terdapat juga di dalam pundi kencing namun ukurannya melebihi dua milimeter," Sambung Doktor Mansor lagi.
"Bagaimana batu karang tersebut boleh wujud di tempat tersebut?," isteriku bertanya dengan nada agak cemas.
"ia berlaku apabila wujud serpihan kristal kecil yang membentuk
ketulan di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.
Serpihan kristal kecil itu tidak diketahui puncanya, bagaimanapun pengambilan makanan yang mengandungi banyak asid urik dan oxalate merupakan penyebab utama
kandungan asid urik bertambah.
"Penambahan kandungan asid urik di dalam badan menyebabkan hablur kecil yang dinamakan kristal lama-kelamaan membentuk batu karang," Doktor mansur menerangkan dengan panjanglebar sambil tangannya menunjukkan model buah pinggang.
"Anak saya tidak pernah mengadu sebarang kesakitan atau apa-apa tanda," isteriku tidak berpuas hati dengan penjelasan doktor.
"Pesakit batu karang akan mengadu sakit, kencing berdarah dan kerap mengalami jangkitan kuman di sistem aliran kencing. Tempat di mana kesakitan berlaku
bergantung kepada tempat batu itu berada. pembentukan batu karang mengambil masa lama dan kebanyakan pesakit tidak sedar kewujudannya, sehinggalah
beberapa gejala yang menyebabkan kesakitan pada sisi perut iaitu kiri dan kanan pinggang," ujar Doktor Mansor lagi.

Isnin, 5 Mei 2008

Gaplek dan tiwol.....


Pada suatu hari ketika ngobrol-ngobrol dengan keluarga semasa balik kampong……..
“Susah tinggal di Bandar, semua harga barang-barang makanan sudah naik harga,” aku menunjukkan keluhanku kepada mereka.
“Ala, apa hendak disusah, kalau dah tidak ada makanan, buat tiwol kan senang dan murah?,” emak aku menjawab.
“Macamana hendak buat tiwol?,” aku bertanya …...
Gaplek Dan Tiwol
Gaplek
Mungkin tidak ramai orang dari keturunan Jawa di
Malaysia dari generasiku yang kenal atau pernah mendengar makanan tiwol. Apa yang aku tahu tiwul pada masa dahulu merupakan makanan di daerah-daerah yang kesukaran beras menjadi makanan utama pengganti nasi.

Tiwul dibuat dari tepung gaplek alias tepung singkong (ubi kayu).

Cara membuat tepung gaplek:-
kupas dan
cuci ubi kayu hingga bersih. Iris nipis-nipis lalu keringkan di bawah sinar matahari selama lebih kurang 2-3 hari. Ubi kayu yang sudah kering ini di sebut gaplek.
Tumbuk atau grind lalu ayak untuk mendapatkan tepung yang halus.
Dari 500 gram ubikayu segar dapat menghasilkan 200 gram tepung gaplek mentah.

Cara membuat tiwol:-
200 gr tepung gaplek
air secukupnya
garam secukupnya
2 helai daun pandan

1. Campur tepung gaplek dengan garam. Percikan dengan air hingga lembab (seperti butiran roti)
2. Letakkan dalam bekas tahan panas, letakkan daun pandan yang sudah dipotong-potong.
3. Kukus hingga masak (20-30 menit).
4. Sajikan dengan lauk pauk atau parutan kelapa dan gula jawa.

Bahan rujukan emak aku, embah aku dan http://bukumasaku.blogspot.com/2007/08/tiwul.html

Khamis, 1 Mei 2008

Ganjaran yang terbazir

Suatu hari sebelum menikmati hidangan di ruang makan di rumahku.....
"Anakku, ingat, sebelum makan mesti basuh tangan kemudian baca doa makan. Makan dengan tangan kanan dan ambil hidangan yang berhampiran dengan kita dahulu. Makan jangan gelojoh iaitu kunyah hingga lumat kemudian baharulah ditelan. Makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jangan tinggalkan sebarang sisa, jilat hujung jari setelah habis hidangan. Tidak digalakkan untuk makan berulamkan air. Selepas makan basuh tangan dan lafazkanlah kesyukuran atas nikmat rezki yang telah dikurniakan. Semoga dengan kita mengikuti adab yang telah ayah sebutkan kita bakal melaksanakan amalan-amalan sunah dan akan dikurniakan ganjaran dikemudian hari kelak," panjang lebar aku memberikan tazkirah kepada anak-anakku.
Pada hari yang sama ketika berada di restoran makanan segera.......
"Abang, kenapa abang tidak jilat jari?," anak keduaku menyoal.
"Kenapa pula mesti jilat jari?," abangnya menjawab.
"Bukankah restoran ini terkenal dengan it's finger lickin' good" adiknya menjawab.
Tangan kananku memegang burger sementara tangan kiriku memegang gelas polysterin,aku yang mendengar perbualan tersebut hampir tersembur air berkabonat yang bercampur dengan burger ayam dari mulutkku yang penuh. Sebelum makan tadipun aku tidak membasuh tangan apatahlagi untuk berdoa. Aku meninggalkan restoran tersebut dengan sisa-sisa hidangan yang masih banyak dan pastinya tanpa mengucapkan syukur.....

Combi dan denggi

Pada minggu lepas aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa sukarelawan Combi cawangan
taman perumahan di tempat aku tinggal. Combi adalah akronim untuk Communication Behaviour Impact dimana Skaraleawan Combi diberi tanggungjawab untuk terlibat mengenai halehwal nyamuk ades. Jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada bulan Jun 2007 dan aktiviti pemantaun nyamuk ades telah berjalan selama 12 minggu. Satu program pengukuhan telah diadakan serentak dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada mesyuarat tersebut aku mendapat maklumat bahawa sepanjang program Combi dilaksanakan, tiada sebarang kes denggi dilaporkan di kawasan kami. Malangnya dalam tempoh lebihkurang
sebulan terakhir ini terdapat 8 kes denggi dilaporkan. Sebagai penyelesaian mesyuarat pada
malam tersebut telah bersetuju untuk mengadakan satu gotong-royong bertujuan untuk
membersihkan persekitaran kawasan perumahan kami. malangnya aku tidak dapat menyertainya kerana terpaksa menghadiri program lain. Gotong-royong tersebut telahpun berjalan dengan lancarnya dan telah mendapat kerjasama penuh oleh beberapa agensi kerajaan dan penduduk setempat.Kebanyakan dari kita telah mempunyai cukup maklumat mengenai nyamuk ades dan demam denggi, malah mungkin ada antara kita pernah dijangkitinya namun ramai juga yang tidak mengambil berat tentangnya. . Aku berharap moga-moga kisah benar yang aku salin dan tampal dari blog
http://kassim8888.blogspot.com/2006/05/hari-hari-terakhirku-sebelum-bergelar.html ini akan memberikan kesederan mengenai bahayanya demam denggi. Sila ke blog
http://kassim8888.blogspot.com/ untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Hari-Hari Terakhirku Sebelum Bergelar 'OKU'
Siaran ulangan. Entri 25 Mei'2006. Tunggang langgang bahasa tulisanku. Maklumlah masa ni baru belajar berblog.
Jumaat 14 Jun’ 2002, hari ini aku mengambil cuti separuh hari kerana isteriku kurang sehat, sudah dua tiga hari isteriku mengambil MC. Selepas bersarapanaku memandikan isteri keduaku (keretaku), hampir sejam aku menghabiskan masa membasuh dan menggilatkan keretaku, aku mandi pun tak sampai 10 minit, mengalahkanaku! Isteriku masih berbaring di sofa, jam ketika itu hampir pukul 12.00 tenggahhari. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat dan untuk menunaikan sholat Jumaat.Aku memakai seluar jeans, berkemeja denim dan memakai boot hari ini, tak pernah-pernah ku buat sebelum ini memakai jeans ke pejabat, buang tabiat ke akuini? Aku mengambil keputusan untuk menunggang motor Virago kesayanganku, dah lama aku tak menunggangnya ke pejabat. Dalam perjalanan, di Batu 10 JalanCheras, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, aku berteduh di bawah jambatan hampir dua jam aku tersangkut, terlepaslah sholat Jumaatku hari itu. Bilahujan reda aku meneruskan perjalanan ke pejabatku yang terletak di Damansara Heights. (rupanya tu lah kali terakhir aku menunggang viragoku)
Hari Ahad 16 Jun’ 2002, pagi-pagi lagi aku ke pasar mencari daun sup/bawang dan sup bunjut Adabi serta membeli seekor ayam untuk di buat sup untuk isterikuyang demam, semoga dengan masakanku terbuka seleranya nanti. Memang telah menjadi kebiasaanku ke pasar membeli barang-barang keperluan rumah, aku tak kekok…biasalahorang lelaki pergi ke pasar. Sampai di rumah aku membersihkan ayam yang aku beli tadi, setelah bersih aku menumis sup mengikut resepiku, sebelum ini punaku pernah memasak sup ‘ikan haruan’ untuk isteriku yang baru lepas bersalin secara ‘ceaseran’. Tak ada masalah pun resepiku itu, isteriku makan apa yangaku masak, sedap tak sedap bantai sajalah…Seperiuk sup aku masak hari ini, setelah masak aku merasanya ‘eem…emm boleh tahan juga masakanku’, aku menyuruhanak-anakku menjamah sup yang aku masak tapi itu isteriku tak berselera untuk menikmatinya…..demam biasalah!!! tak ada selera. Malam aku buka periuk tenggoksup yang aku masak tak luak, tak sedap kot…keeh…keeh…keeh… air tanggan kassim selamat katakan.
Di sebelah petang mertuaku bersama nenek saudaraku datang menjenguk isteriku. Aku membuat minuman untuk tetamuku. Isteriku terbaring lesu di sofa, aku dudukmengadap tv yang sedang rancak menyiarkan ‘World Cup 2002’. Sambil berbual-bual nenek saudaraku memegang sepotong kunyit dan membaca sesuatu lalu menyapukunyit ke dahi isteriku, memang telah menjadi kebiasaan keluargaku menggunakan kunyit untuk demam-demam ringan, petua orang-orang tua, alhamdullillah sebelumini adalah berkurangan demamnya. Seketika kemudian anakku Amir memberitahuku ayam serama peliharaannya telah hilang dari sangkarnya, aku mencapai kuncikereta memusing-musing di beberapa jalan dan lorong mencari ayam seramanya.
Isnin 17 Jun’ 2002, aku ke pejabat seperti biasa tanpa isteriku. Di pejabat aku membereskan beberapa tugas yang tertangguh. Pukul 6.30 petang aku bersiapuntuk pulang. Sampai di rumah aku melihat keadaan isteriku semakin lesu dan aku mengambil keputusan membawanya ke klinik yang berhampiran. Doktor yangmemeriksanya menggarahkan aku membawa isteriku ke hospital kerana ada tanda-tanda dia menghidapi demam denggi. Setelah selesai menghantar anak-anakku kerumahneneknya aku memandu menuju ke Kuala Lumpur, isteriku terbaring lemah di bahagian belakang tempat duduk. Sambil memandu aku berfikir, ‘hospital mana yanghendak aku tuju, Kajang ke?, Jalan Ampang ke?’ Akhirnya aku mengambil keputusan ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang, dalam hatiku berkata ‘senang nantirakan-rakan pejabatnya nak melawatnya’. Setelah selesai urusan kemasukan isteriku aku pulang kerumah, niat di hati nak singgah sekejap di Chow Kit Rodnak ronda-ronda, dah lama aku tak menjengok Chow Kit, tapi aku membatalkan hasratku kerana badanku rasa tak sedap, nak demam kot! (rupanya inilah hariterakhir aku ke pejabat)
Selasa 18 Jun’ 2002, aku mula berasa demam dan tak ke pejabat, aku menelefon staffku Shashi untuk memberitahunya aku tak sehat mungkin aku ambil MC, akumasih ingat pertanyaannya ‘ What happen to your voice’, aku jawab rengkas ‘Demam’. Petang aku mengambil anakku Syafeeni untuk ke hospital, aku sempat berpesankepadanya agar menyuruh neneknya memasak ‘agar-agar merah’ kerana tiba-tiba tekak ini terasa nak makan. Sampai di hospital anakku mengajakku singgah direstoran berdekatan kerana dia teringin nak makan ‘Mee Bandung Muar’. Aku singgah sekejap di restoran tersebut, aku cuma minum fresh oren saja, anakkuberselera menghadap mee Bandung Muar, memang dia kuat makan………...Malam setelah melawat isteriku, aku pulang tapi aku dah tak larat nak memandu lalu menyuruhanakku memandu………..tawakal sajalah kataku. Dalam kelesuan, aku sempat juga menegur anakku kerana kurang cermat ketika memandu, awak dahlah tak ada lesen,gaya memandu macam orang dah expert. Aku menghantar dia pulang ke rumah neneknya dan memandu pulang kerumah sendirian.
Rabu 19 Jun’2002, sepanjang hari aku tidur saja, memang aku betul-betul demam. Pagi aku sempat menghantar anakku ke sekolah kemudian sempat singgah ke klinikmendapatkan rawatan. Aku menelefon isteriku untuk memberitahunya yang aku tidak dapat melawatnya hari ini kerana tak larat. Petang birasku singgah kerumahbertanya samada aku nak mengikutnya ke hospital. Aku tak dah tak larat hanya berbaring di atas sofa. Sebentar kemudian anakku Amir datang menghantar agar-agaryang ku pesan semalam, cepat betul mertuaku membuatnya, sayang menantu katakan!! Aku cuma menjamah sedikit saja, tekak terasa pahit……semalaman aku tidursaja. (hingga sekarang, bila makan agar² merah, aku terkenang kisah ini)
Khamis 20 Jun’2002, aku terbangun dari tidur pukul 4.30 pagi lalu mengemas-ngemas dan menyusun pakaian yang berselerak, makumlah dah seminggu isteriku demamtak berkesempatan nak mengemas. Aku takut kalau-kalau pihak jabatan kesihatan datang kerumahku untuk membuat pemeriksaan denggi, rumah bersepah malu akunanti. Pukul 6.30 pagi dalam keadaan terhuyung hayang aku memandu kereta kerumah mertuaku, sampai disana aku terus naik berbaring dikatil, anakku sedangbersiap nak sekolah. Aku meminta anakku supaya tidak ke sekolah kerana nak menghantarku ke klinik. (kali terakhir aku memandu wajaku...alahai)
Pukul 8.30 pagi, aku dah berada di depan klinik, pembantu klinik memberitahuku bahawa doctor lewat sedikit dan menyuruhku datang semula pada pukul 10 pagi.Aku datang semula ke klinik pukul 10 pagi, doctor membuat pemeriksaan dan mengambil contoh darahku untuk diuji. Aku meminta doctor memberiku suntikan keranatak tahan lagi badanku, menggelegak rasanya!. Setelah mendapat rawatan aku pulang kerumah, semasa hendak melangkah keluar dari kereta, aku rasakan kedua-duakakiku lemah tapi ku gagahi juga bergerak. Tak beberapa lama, aku menerima panggilan dari klinik yang mengesahkan ujian darahku bebas dari demam denggi.
Petang aku ke hospital melawat isteriku , aku menyuruh anakku memandu, memang itu yang dia suka…….Sampai di hospital anakku terus ke bilik isteriku, akupula duduk di ruang lobi kerana pening dan tak larat nak bergerak. Dalam keadaan terhuyung hayang aku terus mencari-cari klinik doctor yang merawat isteriku,senang kerana dia juga merawat kes isteriku. Setelah membuat pemeriksaan aku terus ditahan di wad, aku meminta izin untuk keluar menghantar pulang keretakutetapi jururawat tidak membenarkannya. Anakku memberanikan diri memandu pulang keretaku, memang dia betul-betul berani………….Malam itu aku cuma makan agar-agaryang ku bawa dari rumah dan minum air bali dan fresh oren yang ku pesan dari hospital.
Hari Jumaat 21 Jun’2002 dan hari Sabtu 22 Jun’2002, aku tak berapa ingat apa yang berlaku. Aku cuma ingat beberapa rakanku dan adik iparku Lan datang melawatku,masa itu fikiranku melayang aku tak tahu apa yang mereka bualkan., yang aku ingat pesanan jururawat supaya jangan tinggakan handphone dalam laci nantidi khuatiri hilang. Sepanjang hari aku menghabiskan waktu menonton tv, ada masanya tv pula menontonku…………..kebetulan semasa itu perhimpunan Agung Umnosedang di tunjukkan di kaca tv, jadi dapatlah aku mendengar perbahasan mereka, walaupun aku tak suka Umno tapi aku masih hendak mengikuti perkembangannya.Ini yang di katakan ‘Benci Tapi Rindu’. (handphone terakhirku Nokia 3310 warna biru. Hingga sekarang aku tak punya handphone lagi. Tak mampu nak pegang)
Hari Ahad 23 Jun’2002, aku tidak ketentuan, sekejap beralih tidur di kerusi panjang, sekejap baring di atas katil. Petang anak-anakku dan mertuaku datangmelawat kami berdua, sebelum mereka pulang aku meminta anakku tinggal menjagaku tapi memandangkan mereka sekolah keesokkannya maka isteriku tak membenarkan.Malam di kaca tv aku melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menangis semasa ucapan di persidangan Umno tapi aku tahu kenapa beliau menanggis keranamasa itu fikiranku jauh melayang, aku bukan aku lagi!!. Aku juga mendengar salah seorang pemimpin parti pembangkang dalam keadaan tenat, tapi aku kurangpasti siapakah dia? kerana ketika itu aku pun tenat juga!!! (Yang sakit tenat tu Alahyarham Dato' Fadzil, Perisiden Pas. Aku tau arwah meninggal selepassedar dari koma)
Malam itu keadaan aku bertambah gawat, lebih kurang pukul dua tiga pagi aku bangun menuju keluar bilik. Aku sudah tidak larat untuk berjalan lalu dudukdi atas kerusi roda yang ada di depan bilikku. Dalam keadaan lemah aku menolak kerusi itu menunju ke pintu lif untuk ke tingkat dua menemui isteriku. Sampaidi kaunter jururawat, aku di tahan dan di tegur oleh jururawat kerana bergerak sendirian. Aku menyatakan hasratku untuk berjumpa isteriku kerana aku dalamkeadaan kesakitan. (rupanya malam itulah kali terakhir aku berjalan sebelum lumpuh)
Aku di temani oleh isteriku dan di hantar kembali ke bilikku, Aku sudah tidak ingat apa yang tejadi pada diriku, aku di beritahu oleh isteriku bahawa darahmenjijis-jijis ke lantai kerana aku mencabut drip yang terpasang di tangganku, menurut isteriku, aku sempat menggelap darah yang bertitisan di atas lantai,wah…wah….rajinnya aku dalam keadaan tak waras pun sempat menggelap lantai. Aku mengadu sakit di bahagian tengkuk dan doctor yang bertugas datang merawatku
Keesokan keadaan aku bertambah kritikal, aku terpaksa menggunakan bantuan oksijen untuk bernafas. Isteriku di benarkan keluar wad hari itu, semasa isterikupergi memproses daftar keluar, aku pula di di bawa masuk ke bilik rawatan rapi ICU.
Ikutlah kisah seterusku di dalam ‘ICU 46 hari, Antara Hidup dan MatiKassim Selamat - 'Takdir Penentu Segalanya'
Posted by Kassim Selamat at12:57 PM