Khamis, 1 Mei 2008

Combi dan denggi

Pada minggu lepas aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa sukarelawan Combi cawangan
taman perumahan di tempat aku tinggal. Combi adalah akronim untuk Communication Behaviour Impact dimana Skaraleawan Combi diberi tanggungjawab untuk terlibat mengenai halehwal nyamuk ades. Jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada bulan Jun 2007 dan aktiviti pemantaun nyamuk ades telah berjalan selama 12 minggu. Satu program pengukuhan telah diadakan serentak dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada mesyuarat tersebut aku mendapat maklumat bahawa sepanjang program Combi dilaksanakan, tiada sebarang kes denggi dilaporkan di kawasan kami. Malangnya dalam tempoh lebihkurang
sebulan terakhir ini terdapat 8 kes denggi dilaporkan. Sebagai penyelesaian mesyuarat pada
malam tersebut telah bersetuju untuk mengadakan satu gotong-royong bertujuan untuk
membersihkan persekitaran kawasan perumahan kami. malangnya aku tidak dapat menyertainya kerana terpaksa menghadiri program lain. Gotong-royong tersebut telahpun berjalan dengan lancarnya dan telah mendapat kerjasama penuh oleh beberapa agensi kerajaan dan penduduk setempat.Kebanyakan dari kita telah mempunyai cukup maklumat mengenai nyamuk ades dan demam denggi, malah mungkin ada antara kita pernah dijangkitinya namun ramai juga yang tidak mengambil berat tentangnya. . Aku berharap moga-moga kisah benar yang aku salin dan tampal dari blog
http://kassim8888.blogspot.com/2006/05/hari-hari-terakhirku-sebelum-bergelar.html ini akan memberikan kesederan mengenai bahayanya demam denggi. Sila ke blog
http://kassim8888.blogspot.com/ untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Hari-Hari Terakhirku Sebelum Bergelar 'OKU'
Siaran ulangan. Entri 25 Mei'2006. Tunggang langgang bahasa tulisanku. Maklumlah masa ni baru belajar berblog.
Jumaat 14 Jun’ 2002, hari ini aku mengambil cuti separuh hari kerana isteriku kurang sehat, sudah dua tiga hari isteriku mengambil MC. Selepas bersarapanaku memandikan isteri keduaku (keretaku), hampir sejam aku menghabiskan masa membasuh dan menggilatkan keretaku, aku mandi pun tak sampai 10 minit, mengalahkanaku! Isteriku masih berbaring di sofa, jam ketika itu hampir pukul 12.00 tenggahhari. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat dan untuk menunaikan sholat Jumaat.Aku memakai seluar jeans, berkemeja denim dan memakai boot hari ini, tak pernah-pernah ku buat sebelum ini memakai jeans ke pejabat, buang tabiat ke akuini? Aku mengambil keputusan untuk menunggang motor Virago kesayanganku, dah lama aku tak menunggangnya ke pejabat. Dalam perjalanan, di Batu 10 JalanCheras, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, aku berteduh di bawah jambatan hampir dua jam aku tersangkut, terlepaslah sholat Jumaatku hari itu. Bilahujan reda aku meneruskan perjalanan ke pejabatku yang terletak di Damansara Heights. (rupanya tu lah kali terakhir aku menunggang viragoku)
Hari Ahad 16 Jun’ 2002, pagi-pagi lagi aku ke pasar mencari daun sup/bawang dan sup bunjut Adabi serta membeli seekor ayam untuk di buat sup untuk isterikuyang demam, semoga dengan masakanku terbuka seleranya nanti. Memang telah menjadi kebiasaanku ke pasar membeli barang-barang keperluan rumah, aku tak kekok…biasalahorang lelaki pergi ke pasar. Sampai di rumah aku membersihkan ayam yang aku beli tadi, setelah bersih aku menumis sup mengikut resepiku, sebelum ini punaku pernah memasak sup ‘ikan haruan’ untuk isteriku yang baru lepas bersalin secara ‘ceaseran’. Tak ada masalah pun resepiku itu, isteriku makan apa yangaku masak, sedap tak sedap bantai sajalah…Seperiuk sup aku masak hari ini, setelah masak aku merasanya ‘eem…emm boleh tahan juga masakanku’, aku menyuruhanak-anakku menjamah sup yang aku masak tapi itu isteriku tak berselera untuk menikmatinya…..demam biasalah!!! tak ada selera. Malam aku buka periuk tenggoksup yang aku masak tak luak, tak sedap kot…keeh…keeh…keeh… air tanggan kassim selamat katakan.
Di sebelah petang mertuaku bersama nenek saudaraku datang menjenguk isteriku. Aku membuat minuman untuk tetamuku. Isteriku terbaring lesu di sofa, aku dudukmengadap tv yang sedang rancak menyiarkan ‘World Cup 2002’. Sambil berbual-bual nenek saudaraku memegang sepotong kunyit dan membaca sesuatu lalu menyapukunyit ke dahi isteriku, memang telah menjadi kebiasaan keluargaku menggunakan kunyit untuk demam-demam ringan, petua orang-orang tua, alhamdullillah sebelumini adalah berkurangan demamnya. Seketika kemudian anakku Amir memberitahuku ayam serama peliharaannya telah hilang dari sangkarnya, aku mencapai kuncikereta memusing-musing di beberapa jalan dan lorong mencari ayam seramanya.
Isnin 17 Jun’ 2002, aku ke pejabat seperti biasa tanpa isteriku. Di pejabat aku membereskan beberapa tugas yang tertangguh. Pukul 6.30 petang aku bersiapuntuk pulang. Sampai di rumah aku melihat keadaan isteriku semakin lesu dan aku mengambil keputusan membawanya ke klinik yang berhampiran. Doktor yangmemeriksanya menggarahkan aku membawa isteriku ke hospital kerana ada tanda-tanda dia menghidapi demam denggi. Setelah selesai menghantar anak-anakku kerumahneneknya aku memandu menuju ke Kuala Lumpur, isteriku terbaring lemah di bahagian belakang tempat duduk. Sambil memandu aku berfikir, ‘hospital mana yanghendak aku tuju, Kajang ke?, Jalan Ampang ke?’ Akhirnya aku mengambil keputusan ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang, dalam hatiku berkata ‘senang nantirakan-rakan pejabatnya nak melawatnya’. Setelah selesai urusan kemasukan isteriku aku pulang kerumah, niat di hati nak singgah sekejap di Chow Kit Rodnak ronda-ronda, dah lama aku tak menjengok Chow Kit, tapi aku membatalkan hasratku kerana badanku rasa tak sedap, nak demam kot! (rupanya inilah hariterakhir aku ke pejabat)
Selasa 18 Jun’ 2002, aku mula berasa demam dan tak ke pejabat, aku menelefon staffku Shashi untuk memberitahunya aku tak sehat mungkin aku ambil MC, akumasih ingat pertanyaannya ‘ What happen to your voice’, aku jawab rengkas ‘Demam’. Petang aku mengambil anakku Syafeeni untuk ke hospital, aku sempat berpesankepadanya agar menyuruh neneknya memasak ‘agar-agar merah’ kerana tiba-tiba tekak ini terasa nak makan. Sampai di hospital anakku mengajakku singgah direstoran berdekatan kerana dia teringin nak makan ‘Mee Bandung Muar’. Aku singgah sekejap di restoran tersebut, aku cuma minum fresh oren saja, anakkuberselera menghadap mee Bandung Muar, memang dia kuat makan………...Malam setelah melawat isteriku, aku pulang tapi aku dah tak larat nak memandu lalu menyuruhanakku memandu………..tawakal sajalah kataku. Dalam kelesuan, aku sempat juga menegur anakku kerana kurang cermat ketika memandu, awak dahlah tak ada lesen,gaya memandu macam orang dah expert. Aku menghantar dia pulang ke rumah neneknya dan memandu pulang kerumah sendirian.
Rabu 19 Jun’2002, sepanjang hari aku tidur saja, memang aku betul-betul demam. Pagi aku sempat menghantar anakku ke sekolah kemudian sempat singgah ke klinikmendapatkan rawatan. Aku menelefon isteriku untuk memberitahunya yang aku tidak dapat melawatnya hari ini kerana tak larat. Petang birasku singgah kerumahbertanya samada aku nak mengikutnya ke hospital. Aku tak dah tak larat hanya berbaring di atas sofa. Sebentar kemudian anakku Amir datang menghantar agar-agaryang ku pesan semalam, cepat betul mertuaku membuatnya, sayang menantu katakan!! Aku cuma menjamah sedikit saja, tekak terasa pahit……semalaman aku tidursaja. (hingga sekarang, bila makan agar² merah, aku terkenang kisah ini)
Khamis 20 Jun’2002, aku terbangun dari tidur pukul 4.30 pagi lalu mengemas-ngemas dan menyusun pakaian yang berselerak, makumlah dah seminggu isteriku demamtak berkesempatan nak mengemas. Aku takut kalau-kalau pihak jabatan kesihatan datang kerumahku untuk membuat pemeriksaan denggi, rumah bersepah malu akunanti. Pukul 6.30 pagi dalam keadaan terhuyung hayang aku memandu kereta kerumah mertuaku, sampai disana aku terus naik berbaring dikatil, anakku sedangbersiap nak sekolah. Aku meminta anakku supaya tidak ke sekolah kerana nak menghantarku ke klinik. (kali terakhir aku memandu wajaku...alahai)
Pukul 8.30 pagi, aku dah berada di depan klinik, pembantu klinik memberitahuku bahawa doctor lewat sedikit dan menyuruhku datang semula pada pukul 10 pagi.Aku datang semula ke klinik pukul 10 pagi, doctor membuat pemeriksaan dan mengambil contoh darahku untuk diuji. Aku meminta doctor memberiku suntikan keranatak tahan lagi badanku, menggelegak rasanya!. Setelah mendapat rawatan aku pulang kerumah, semasa hendak melangkah keluar dari kereta, aku rasakan kedua-duakakiku lemah tapi ku gagahi juga bergerak. Tak beberapa lama, aku menerima panggilan dari klinik yang mengesahkan ujian darahku bebas dari demam denggi.
Petang aku ke hospital melawat isteriku , aku menyuruh anakku memandu, memang itu yang dia suka…….Sampai di hospital anakku terus ke bilik isteriku, akupula duduk di ruang lobi kerana pening dan tak larat nak bergerak. Dalam keadaan terhuyung hayang aku terus mencari-cari klinik doctor yang merawat isteriku,senang kerana dia juga merawat kes isteriku. Setelah membuat pemeriksaan aku terus ditahan di wad, aku meminta izin untuk keluar menghantar pulang keretakutetapi jururawat tidak membenarkannya. Anakku memberanikan diri memandu pulang keretaku, memang dia betul-betul berani………….Malam itu aku cuma makan agar-agaryang ku bawa dari rumah dan minum air bali dan fresh oren yang ku pesan dari hospital.
Hari Jumaat 21 Jun’2002 dan hari Sabtu 22 Jun’2002, aku tak berapa ingat apa yang berlaku. Aku cuma ingat beberapa rakanku dan adik iparku Lan datang melawatku,masa itu fikiranku melayang aku tak tahu apa yang mereka bualkan., yang aku ingat pesanan jururawat supaya jangan tinggakan handphone dalam laci nantidi khuatiri hilang. Sepanjang hari aku menghabiskan waktu menonton tv, ada masanya tv pula menontonku…………..kebetulan semasa itu perhimpunan Agung Umnosedang di tunjukkan di kaca tv, jadi dapatlah aku mendengar perbahasan mereka, walaupun aku tak suka Umno tapi aku masih hendak mengikuti perkembangannya.Ini yang di katakan ‘Benci Tapi Rindu’. (handphone terakhirku Nokia 3310 warna biru. Hingga sekarang aku tak punya handphone lagi. Tak mampu nak pegang)
Hari Ahad 23 Jun’2002, aku tidak ketentuan, sekejap beralih tidur di kerusi panjang, sekejap baring di atas katil. Petang anak-anakku dan mertuaku datangmelawat kami berdua, sebelum mereka pulang aku meminta anakku tinggal menjagaku tapi memandangkan mereka sekolah keesokkannya maka isteriku tak membenarkan.Malam di kaca tv aku melihat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menangis semasa ucapan di persidangan Umno tapi aku tahu kenapa beliau menanggis keranamasa itu fikiranku jauh melayang, aku bukan aku lagi!!. Aku juga mendengar salah seorang pemimpin parti pembangkang dalam keadaan tenat, tapi aku kurangpasti siapakah dia? kerana ketika itu aku pun tenat juga!!! (Yang sakit tenat tu Alahyarham Dato' Fadzil, Perisiden Pas. Aku tau arwah meninggal selepassedar dari koma)
Malam itu keadaan aku bertambah gawat, lebih kurang pukul dua tiga pagi aku bangun menuju keluar bilik. Aku sudah tidak larat untuk berjalan lalu dudukdi atas kerusi roda yang ada di depan bilikku. Dalam keadaan lemah aku menolak kerusi itu menunju ke pintu lif untuk ke tingkat dua menemui isteriku. Sampaidi kaunter jururawat, aku di tahan dan di tegur oleh jururawat kerana bergerak sendirian. Aku menyatakan hasratku untuk berjumpa isteriku kerana aku dalamkeadaan kesakitan. (rupanya malam itulah kali terakhir aku berjalan sebelum lumpuh)
Aku di temani oleh isteriku dan di hantar kembali ke bilikku, Aku sudah tidak ingat apa yang tejadi pada diriku, aku di beritahu oleh isteriku bahawa darahmenjijis-jijis ke lantai kerana aku mencabut drip yang terpasang di tangganku, menurut isteriku, aku sempat menggelap darah yang bertitisan di atas lantai,wah…wah….rajinnya aku dalam keadaan tak waras pun sempat menggelap lantai. Aku mengadu sakit di bahagian tengkuk dan doctor yang bertugas datang merawatku
Keesokan keadaan aku bertambah kritikal, aku terpaksa menggunakan bantuan oksijen untuk bernafas. Isteriku di benarkan keluar wad hari itu, semasa isterikupergi memproses daftar keluar, aku pula di di bawa masuk ke bilik rawatan rapi ICU.
Ikutlah kisah seterusku di dalam ‘ICU 46 hari, Antara Hidup dan MatiKassim Selamat - 'Takdir Penentu Segalanya'
Posted by Kassim Selamat at12:57 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan