"Hasil laporan ujian air kencing dan ujian darah yang dijalankan di makmal saya dapati air kencing Azman mengandungi kadar protin yang tinggi," Doktor Mansor memberikan penjelasan.
"Apakah simptom yang ditunjukkannya?," aku bertanya.
"Gambar x-ray dan ultrasound ini pula menunjukkan terdapat tompok-tompok berukuran satu hingga dua milimeter dan ianya dipercayai batu karang, Ia terdapat juga di dalam pundi kencing namun ukurannya melebihi dua milimeter," Sambung Doktor Mansor lagi.
"Bagaimana batu karang tersebut boleh wujud di tempat tersebut?," isteriku bertanya dengan nada agak cemas.
"ia berlaku apabila wujud serpihan kristal kecil yang membentuk
ketulan di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.
Serpihan kristal kecil itu tidak diketahui puncanya, bagaimanapun pengambilan makanan yang mengandungi banyak asid urik dan oxalate merupakan penyebab utama
kandungan asid urik bertambah.
"Penambahan kandungan asid urik di dalam badan menyebabkan hablur kecil yang dinamakan kristal lama-kelamaan membentuk batu karang," Doktor mansur menerangkan dengan panjanglebar sambil tangannya menunjukkan model buah pinggang.
"Anak saya tidak pernah mengadu sebarang kesakitan atau apa-apa tanda," isteriku tidak berpuas hati dengan penjelasan doktor.
"Pesakit batu karang akan mengadu sakit, kencing berdarah dan kerap mengalami jangkitan kuman di sistem aliran kencing. Tempat di mana kesakitan berlaku
bergantung kepada tempat batu itu berada. pembentukan batu karang mengambil masa lama dan kebanyakan pesakit tidak sedar kewujudannya, sehinggalah
beberapa gejala yang menyebabkan kesakitan pada sisi perut iaitu kiri dan kanan pinggang," ujar Doktor Mansor lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan