Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sayang Sarawak sungainya sempit
Berbuah nenas lamun-lamunan
Hendakku bawa perahuku sempit
Tinggallah emas tinggal junjungan
Lagu yang berkumandang dari corong radio nyanyian Allahyarham Sudirman, membawa memoriku kembali kemasa dahulu. Aku tidak pasti bila kali akhir aku ke sana tetapi sudah pasti lebih sepuluh tahun yang lalu. Bukan sekali, bukan juga dua kali tetapi lebih lima kali aku pernah ke sana.
Aku pernah menyusuri Sungai di Sarawak, mudik ke hulu dari Sibu hingga ke Kapit selepas berlabuh sebentar di Song. Sungai di Sarawak amat luas, tidak sesempit yang tergambar pada lagu itu.
Pada masa itu aku menaiki bot 2 tingkat bernama Hasqvarna, bukan perahu sempit hingga terpaksa meninggalkan kekasih.
Pernah juga aku menaiki bot dari Sibu ke Serikei dan terus ke Kuching. Tidak terlihat olehku nenas di tebingnya untuk dijadikan lamunan.
Aku rindu untuk ke sana semula tetapi bila?……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan