Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pagi itu aku tidak merancang untuk kemana-mana. Ketika itu cuti sekolah sudah masuk minggu ke dua. Kami sekeluarga sudah memenuhkan musim percutian tersebut dengan berkelah ke Port Dickson dan balik ke kampong. Nampaknya anak-anakku tidak betah terkurung di rumah sahaja.
Satu cadangan dari anak-anakku terpaksa aku persetujui. Kami bertiga akan keluar membuang wang dan masa di Berjaya Time Square. Sebelum ke sana aku mengajak mereka ke Kompleks MAB di Brickfields.
Aku menaiki teksi untuk ke Kompleks MAB pada pukul 10 pagi. Sesampai di sana kami terus ke Perpustakaan untuk membeli Jam. Aku diberikan 3 pilihan 3 jenis jam. Aku membeli jam berbentuk hati kerana ia menggunakan bateri AAA untuk membolehkan ia berfungsi.
Ketika aku hendak meninggalkan Kompleks MAB, anakku memberitahu dia melihat Tuan Silaturrahim sedang berehat di lobi Kafe Siber. Aku menghampiri dan menyapa.Pertuturannya yang kool membayangkan dia masih seperti dahulu, penuh keikhlasan, kejujuran dan keyakinan. Aku tidak lama berbual dengannya. Perniagaan menjadi topik yang mendominasi perbualan kami dan aku diajak menyertainya.
Sudah dua tahun aku tidak berhubung dengan Tuan Silaturrahim. Aku mula berkenalan dengannya kira-kira empat tahun yang lalu secara tidak sengaja ketika kali kedua berkunjung ke Kompleks MAB. Kami berpisah denganTuan Silaturrahim kira-kira pukul sebelas untuk ke setesen monorel….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan