Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kiriman ini aku taip sebaik sahaja aku balik dari menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan bagi Persatuan Penduduk di taman perumahan tempat aku bermastautin. Selain mesyuarat agong tahunan, , persatuan tersebut turut mengadakan jamuan sempena 10 tahun taman perumahan ini mula dihuni. Dalam sedar tak sedar, kami sekeluarga sudah tinggal disini selama sepuluh tahun.
Persatuan Penduduk itu merangkumi 120 buah rumah iaitu 99 perumahan baharu dan yang selebihnya perumahan lama. Persatuan ini mempunyai 80 ahli yang terdiri daripada masyarakat keturunan Melayu dan Cina.
Majlis diakhiri dengan jamuan satay.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan