Malam ini anak bulan Ramadhan tanggal 1428Htelah disahkan akan kelahirannya. Malam ini seperti juga malam-malam sebelumnya sepanjang tiga tahun ini, aku masih disini berbisik dan mendengar bisikan. Jika selama ini bisikan ini hanya didengar oleh beberapa rakan-rakan lewat mel elektronik, mulai malam ini aku ingin berbisik kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengarnya di seluruh ruang ini. Bagi mereka yang senasibku bisikan ini dapat di perangkap lewat cuping telinga dan mereka yang lain bisikan ini akan terterjemah lewat aksara yang terpampang pada layar monitor komputer.
Maaf jika aku menumpang dan menyelit d celah-celah ruang siber ini. Aku rasa ada banyak yang ingin aku luahkan dari dasar hatiku ini yang selama ini tersekat di celah-celah kerongkong sahaja. Aku ingin berbisik tentang pengalaman hidup, rasa hati, ict malah sebarang isu relevan menyangkut kehidupan ini. Jika bisikan ini bernada sumbang atau jika teks pada layar monitor akan menyakitkan mata, maafkanlah aku. Aku hanya menumpang di sudut ruang ini, sampai waktu aku pergi jua.
Bukanku pinta rayu simpati, naamun luahan ini hanyalah pengetahuan yang tersembunyi dimana hanya aku dan mereka yang senasibku sahaja yang mengerti.
Buat rakan-rakan yang segolongan denganku maafkan aku kerana membisikkan pengalamanku di ruang ini dan sesungguhnya bisikanku ini tiada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup mahupun yang telah tiada.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan