Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku selalu menumpang kenderaan ke pusat membeli-belah. Sewaktu hendak membuat pembayaran meletakkan kenderaan secara autopay, aku mendengar mesen autopay bersuara. Mengapa mesin tersebut perlu dipasang alat bagi membolehkannya bersuara?. Ssiapakah target pengguna ciri-ciri bersuara pada mesin autopay?.
Bagi golongan Orang Kurang Upaya penglihatan, penggunaan gadget bersuara bukanlah asing. Komputer dan talifon bimbit merupakan contoh gadget yang diletakkan perisian yang membolehkannya bersuara. Gadget-gadget tersebut perlu dilengkapi dengan suara untuk membolehkan oku penglihatan berinteraksi dengan gadget tersebut. Namun sehingga sekarang, aku belum pernah menemui mesin pengeluaran wang automatik (atm) dilengkapi dengan suara bagi memudahkan pengguna oku penglihatan menjalankan transaksi perbankan. Kekangan dalam urusan perbankan menggunakan mesin atm ini dijadikan isu untuk menafikan hak pengguna oku penglihatan untuk memiliki kad atm.
Keperluan untuk memasang suara pada mesin pengeluaran wang automatik (atm) adalah lebih mendesak berbanding dengan mamasang suara pada mesin pembayaran meletak kenderaan automatik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan