Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman bertajuk Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer, aku ada bercerita tentang satu perisian yang disediakan oleh Microsoft bernama Narrator. Selain Narrator, terdapat banyak lagi perisian yang berfungsi seperti ini contohnya JAWS, Windows Eyes dan NVDA. Perisian ini dikategorikan didalam kumpulan Screen Reader. Kita boleh mendapatkan perisian jenis ini samada secara gratis ataupun berbayar.
Semasa kita mendapatkan sebuah sistem komputer, kita akan dibekalkan dengan unit-unit input dan output yang standard. Unit output standardbiasanya terdiri dari monitor dan pencetak. Sementara unit input pula terdiri dari papan kekunci dan tetikus.
Umumnya perisian screen reader akan menggunakan peralatan yang menyokong audio sebagai medium output. Walaupun begitu, refreshable braille boleh disambungkan ke unit komputer untuk dijadikan peranti output. Sementara itu pengguna yang mempunyai pandangan terhad, mereka akan memenafaatkan penggunaan monitor biasa yang dilengkapi dengan perisian screen magnifier.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan