Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai pengguna komputer dengan perisian screen reader, saya menghadapi masalah ketika melayari laman web yang dibangunkan berasaskan Flash dan Java. Antaramuka pada mel yahoo serta standard view pada gmail merupakan 2 contoh laman web yang saya maksudkan. Sebagai pilihan, saya menetapkan antaramuka classic pada akaun mel yahoo dan menetapkan Basic html pada akaun gmail.
Pada kali pertama akaun gmail dibuka, paparan akaun telah ditetapkan pada standard view. Namun, gmail mengesan penggunaan perisian screen reader yang telah sedia terpasang pada komputer saya. Seterusnya gmail memberikan pilihan samada mahu mengekalkan paparan pada standard view ataupun menukarkannya kepada basic html.
Jika paparan gmail berada pada standard view
- . pergi ke bahagian atas paparan (ctrl+Home)
- Tekan downArrow sehingga
“If you are using a screen reader, you may wish to switch to link basic HTML for a better experience” - Pergi ke pautan “Basic html” di atas
- Tekan Enter pada pautan di atas
Sekarang paparan telah ditetapkan pada basic html - Tekan downArrow sehingga
“You are currently viewing Gmail in basic HTML” - Tekan DownArrow sehingga pautan
“Switch to standard view” - Jika hendak kembali ke standard view Tekan Enter pada pautan di atas atau
- tekan downArrow sehingga
“Set basic HTML as default view” - Jika basic html hendak dijadikan paparan tetap, Tekan Enter pada pautan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan