Selasa, 21 Mei 2013

Android accessibility: Samsung Galaxy Chat – interaksi dengan butang ringer volume, audio jack dan port usb

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kiriman sebelum ini saya ada bercerita tentang kegunaan butang fizikal on/off yang terdapat pada telefon pintar samsung Galaxy Chat. Sebenarnya butang ini boleh juga ditetapkan sebagai butang menamatkan panggilan (end call button) untuk pengguna kurangupaya penglihatan. Cara ini akan saya ceritakan pada beberapa kiriman akan datang.

Sekarang saya akan bercerita pula mengenai interaksi dengan butang ringer volume. Sebagaimana namanya, butang ini digunakan untuk menguat atau memerlahan sebarang audio. Semasa telefon ini mengeluarkan audio samada audio muzik atau talk back, jika bahagian atas ringer volume ditekan, audio yang sedang berbunyi akan kuat sebaliknya jika bahagian bawah ringer volume ini ditekan, audio yang sedang berbunyi menjadi perlahan. Selain menguat atau memerlahankan bunyi audio, butang ini boleh digunakan untuk menukar ringer mode. Semasa tiada sebarang audio berbunyi pada telefon ini, jika bahagian tengah butang ringer volume ditekan, talk back akan berbunyi "ringer vibrate", ringer, xx Percent" atau  "ringer silent", mengikut ringer mode semasa.

Selain butang on/off dan butang ringer volume, terdapat 2 lubang penyambung (connector) pada bahagian tepi atas dan bawah telefon Samsung Galaxy Chat. Lubang-lubang yang dimaksudkan ialah 3.5mm audio jack connector di bahagian atas dan lubang u s b connector di bahagian bawah.

Jika peralatan audio yang serasi (contohnya headset yang dibekalkan) dicucuk pada lubang 3.5mm audio jack connector maka segala audio akan dihalakan ke peralatan audio. Selain fungsi tersebut, peralatan audio yang dicucuk melalui lubang connector akan bertindak sebagai antena penerima (receiver antena) untuk aplikasi fm radio. .

Port u s b merupakan penyambung antara telefon dengan peranti lain menggunakan perantara kabel u s b. Selain itu, lubang ini digunakan untuk mengecas bateri telefon. Telefon dicas menggunakan pengecas yang serasi atau melalui peralatan lain (contohnya pc) yang dicucuk pada lubang ini menggunakan kabel u s b.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan