Isnin, 23 April 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer: menghasilkan shortcut untuk shutdown komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kiriman yang lepas, saya ada bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer yang bergantung sepenuhnya kepada perisian screen reader ketika hendak mematikan komputer.  Saya juga telah mencadangkan satu penyelesaian iaitu dengan mewujudkan shortcut untuk mematikan komputer walaupun perisian screen reader terhenti fungsinya.

 

shortcut  ini akan melakukan proses yang sama dengan prosedur penutupan komputer iaitu menutup semua program yang sedang berjalan kemudian mematikan komputer.  
 

  1. Pergi ke desktop
  2. Tekan rightClick di ruang kosong pada desktop.
  3. Pilih New
  4. Pilih Shortcut
  5. Tekan Enter. Satu Create shortcut wizard window akan terbuka
  6. pada Type the location of the item:  Edit text ,

    Taipkan "shutdown -s". Arahan “shutdown –s” digunakan supaya komputer menutup semua proses yang sedang berjalan kemudiannya mematikan komputer. 
  7. Tekan Tab hingga butang Next.
  8. Tekan Enter
    Satu create shortcut windows selanjutnya akan muncul 
  9. Pada Edit text berlabel type a name for this shortcut:

    Taipkan sebarang teks untuk menggambarkan proses shutdown komputer. Contohnya "Matikan komputer"
  10. Tekan Tab hingga butang finish.
  11. Tekan Enter.

    Window shortcut wizard akan tertutup. Satu teks “matikan komputer” wujud pada desktop. Untuk melaksanakan arahan shutdown, pergi ke teks “Matikan komputer” pada desktop, kemudian tekan enter. Tunggu sebentar, proses menghentikan semua program yang sedang berjalan seterusnya mematikan komputer akan bermula.

    Sebenarnya Teks “matikan komputer” pada desktop susah dicapai dalam keadaan perisian screen reader tidak berfungsi. Satu kekunci shortcut atau hot key perlu dihasilkan untuk mencapai teks “Matikan komputer” pada desktop. Langkah dibawah perlu dilakukan untuk menghasilkan kekunci shortcut tersebut.
  12. pada shortcut  shutdown yang baru dihasilkan,tekan  kekunci alt+enter (atau rightClick, pilih Properties). 

    Shortcut Tab dalam Windows “matikan komputer” properties akan dibuka.
  13. Tekan Tab sehingga “shortcut key hotkey”.
  14. Tekan kombinasi kekunci yang akan digunakan untuk mencapai teks “matikan komputer” pada desktop. Sebagai contoh tekan kekunci Ctrl+Alt+x.
  15. Tekan Tab sehingga butang Ok.
  16. Tekan enter.

    Windows “matikan komputer” properties akan tertutup.
  17. Apabila sudah sedia untuk mematikan komputer, tekan kekunci shortcut yang telah dihasilkan (ctrl+alt+x).
  18. Tunggu hasilnya.

Sabtu, 21 April 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer – masalah shut down

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Orang buta sangat bergantung kepada perisian screen reader ketika menggunakan komputer. Mereka akan hilang kawalan terhadap komputer jika perisian screen reader tersebut tidak berfungsi secara tiba-tiba. Jika keadaan ini berlaku, terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat, iaitu:-

  1. Mendapatkan bantuan orang celik
  2. Mematikan suis bekalan elektrik. Ini tidak dapat dilakukan jika mereka menggunakan komputer laptop
  3. Menekan butang power on pada komputer selama 5 saat untuk mematikannya.
Pilihan ke 2 dan 3 sangat tidak disyorkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kerosakkan pada hard disk. Pilihan lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengwujudkan shortcut bagi melakukan proses shutdown.

Jumaat, 6 April 2012

Aku, kawan, ibu dan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Usia aku sudah menjangkau hampir setengah abad. Aku juga sudah berkeluarga dengan 3 anak. Ramai kawan-kawan aku memperli dengan mengatakan, "dah tua-tuapun masih nak duduk bawah ketiak emak". Ironinya mereka yang memperli itu terdiri dari ibu yang sentiasa mengeluh tentang anak lelaki dan menantunya yang sudah lama tidak balik kampong...

Khamis, 5 April 2012

Muat turun Mozilla Thunderbird Portable versi 11

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabtu, 31 Mac 2012

Anak, doa dan keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Ya Allah, ampunilah dosa isteri dan anak-anakku, berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat, Berikanlah mereka kejayaan dalam bidang akademik dan kerjaya, berikanlah pilihan yang tepat ketika mereka membuat keputusan, tentukanlah keputusan yang terbaik untuk diri mereka, agama mereka, keluarga mereka dan masyarakat mereka”, inilah antara doa yang selalu kupohon selepas solat.

Baru-baru ini anakku telah memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dia telah membuat pilihan kursus yang akan diambil ketika melanjutkan pelajaran kelak. Pilihan telah dibuat dan keputusan telah diambilnya sendiri…

Jumaat, 10 Februari 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer: Tetapan pop pada akaun gmail

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ada menyatakan bahawa pop pada akaun Gmail perlu dienablekan terlebih dahulu sebelum sesebuah perisian email client dipasang dan ditetapkan. Sebenarnya pop telah sedia enable pada akaun Gmail secara lalai.

Untuk menyemak dan mungkin menukar tetapan pop yang telah ditetapkan oleh Gmail, saya melakukan langkah-langkah berikut:-

 

  1. Tukar paparan kepada Basic Html
  2. Pergi ke bahagian atas kanan paparan
    ctrl+Home
  3. Tekan H (heading) hingga account options
  4. Tekan downArrow sehingga pautan settings, Kemudian tekan Enter. Sekarang cursor berada pada bahagian setting.
  5. Tekan downArrow sehingga pautan forwarding and pop/imap, kemudian tekan enter

    Sekarang cursor  berada pada bahagian Summary: forwarding and pop settings

    Gmail memaklumkan bahawa Status: POP telah dienablekan untuk semua mel yang diterima sejak akaun Gmail diwujudkan. Terdapat 3 pilihan tetapan pop iaitu, pertama Enable POP untuk semua mel  (walaupun mel yang telah dimuat turun), kedua Enable POP hanya untuk mel yang diterima dari sekarang atau ketiga Disable POP

    Pilih salah satu dari tetapan di atas dengan check pada check box
  6. Seterusnya, saya perlu memilih  status sesuatu mesej setelah ia diakses dengan POP. Pilihan yang diberikan oleh Gmail ialah, pertama simpan messege ke dalam inbox, kedua Tandakan messege sebagai read, ketiga Salin messege ke arkib atau keempat padam messege.

    Pilih salah satu dari pilihan di atas dengan check pada salah satu check box.
  7. Tekan Tab sehingga pautan Save changes.
  8. Ttekan Enter pada pautan tersebut.
    Gmail akan memaklumkan bahawa pertukaran tetapan telah berjaya disimpan.

Sabtu, 4 Februari 2012

Bagaimana orang buta menggunakan komputer: Menukar paparan ke Basic html pada Gmail

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai pengguna komputer dengan perisian screen reader, saya menghadapi masalah ketika melayari laman web yang dibangunkan berasaskan Flash dan Java. Antaramuka pada mel yahoo serta standard view pada gmail merupakan 2 contoh laman web yang saya maksudkan. Sebagai pilihan, saya menetapkan antaramuka classic pada akaun mel yahoo dan menetapkan Basic html pada akaun gmail.

Pada kali pertama akaun gmail dibuka, paparan akaun telah ditetapkan pada standard view. Namun, gmail mengesan penggunaan perisian screen reader yang telah sedia terpasang pada komputer saya. Seterusnya gmail memberikan pilihan samada mahu mengekalkan paparan pada standard view ataupun menukarkannya kepada basic html.

Jika paparan gmail berada pada standard view

  1. . pergi ke bahagian atas paparan  (ctrl+Home)
  2. Tekan downArrow sehingga

    “If you are using a screen reader, you may wish to switch to link basic HTML for a better experience”
  3. Pergi ke pautan “Basic html” di atas
  4. Tekan Enter pada pautan di atas

    Sekarang paparan telah ditetapkan pada basic html
  5. Tekan downArrow sehingga

    “You are currently viewing Gmail in basic HTML”
  6. Tekan DownArrow sehingga pautan

    “Switch to standard view”
  7. Jika hendak kembali ke standard view Tekan Enter pada pautan di atas atau
  8. tekan downArrow sehingga

    “Set basic HTML as default view”
  9. Jika basic html hendak dijadikan paparan tetap, Tekan Enter pada pautan di atas.