Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lebih sepuluh tahun aku mendiami rumah ini. Terdapat banyak kerosakan pada rumah ini yang perlu diperbaiki. Antara pembaikan yang perlu dilakukan ialah, paip sinki bocor, mencuci tangki, siling pecah dan pam tandas yang tidak berfungsi. Sementara itu perkakasan elektrik yang perlukan penyelenggaraan secara berkala ialah penyaman udara.
Aku menghadapi masalah untuk mencari orang yang boleh melakukan tugasan di atas. Memang banyak iklan yang dimasukkan kedalam peti surat, ditampal di tiang elektrik dan diiklankan di laman web tetapi aku serik untuk menghubunginya. Pengalaman lalu mengajar aku supaya berhati-hati mengenai iklan penyelenggaraan rumah yang terdapat di merata-rata tempat. Ini kerana upah yang diminta tidak sepadan dengan tugasan yang dikerjakan.
Aku tidak boleh menolak harga yang ditawarkan setelah mereka tiba untuk membuat pemeriksaan. Walaupun semasa dihubungi mereka berjanji bahawa pemeriksaan yang bakal dilakukan adalah percuma.
Pilihan yang ada padaku ialah menggunakan buruh asing untuk menyelesaikan masalah. Kos boleh dirunding terlebih dahulu dan spesifikasi tugasan ditentukan bersama namun boleh diubah dari semasa kesemasa merupakan ciri-ciri menarik untuk dipertimbangkanl jika aku mahu menggunakan tenaga mereka. Apa yang lebih istimewa, aku tidak terikat untuk menggunakan tenaga mereka setelah pemeriksaan dilakukan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan