Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Itu bukan kali pertama beg sekolah anak bongsuku, murid tahun satu diselongkar. Sebagai ibubapa yang perihatin, hampir setiap malam beg sekolah anak bongsuku itu diselongkar, upaya untuk memeriksa tugasan atau menyiapkan kelengkapan yang akan dibawa ke sekolah pada keesokan harinya.
Malam itu, sama seperti hampir kebanyakkan malam-malam sebelumnya, penemuannya sama, soalannya sama dan jawapannya sama. Pensil yang dibekalkan sejumlah 2 batang tinggal sebatang sahaja dibawa pulang, hampir kesemua pensil warna menjadi tumpul, getah pemadam yang dibawa kesekolah tinggal separuh sahaja.
Ketika ditanya kenapa jadi begitu, jawapan dari anakku ialah, “Kawan pinjam”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan