Selasa, 21 Mei 2013

Android accessibility: Samsung Galaxy Chat – interaksi dengan butang ringer volume, audio jack dan port usb

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kiriman sebelum ini saya ada bercerita tentang kegunaan butang fizikal on/off yang terdapat pada telefon pintar samsung Galaxy Chat. Sebenarnya butang ini boleh juga ditetapkan sebagai butang menamatkan panggilan (end call button) untuk pengguna kurangupaya penglihatan. Cara ini akan saya ceritakan pada beberapa kiriman akan datang.

Sekarang saya akan bercerita pula mengenai interaksi dengan butang ringer volume. Sebagaimana namanya, butang ini digunakan untuk menguat atau memerlahan sebarang audio. Semasa telefon ini mengeluarkan audio samada audio muzik atau talk back, jika bahagian atas ringer volume ditekan, audio yang sedang berbunyi akan kuat sebaliknya jika bahagian bawah ringer volume ini ditekan, audio yang sedang berbunyi menjadi perlahan. Selain menguat atau memerlahankan bunyi audio, butang ini boleh digunakan untuk menukar ringer mode. Semasa tiada sebarang audio berbunyi pada telefon ini, jika bahagian tengah butang ringer volume ditekan, talk back akan berbunyi "ringer vibrate", ringer, xx Percent" atau  "ringer silent", mengikut ringer mode semasa.

Selain butang on/off dan butang ringer volume, terdapat 2 lubang penyambung (connector) pada bahagian tepi atas dan bawah telefon Samsung Galaxy Chat. Lubang-lubang yang dimaksudkan ialah 3.5mm audio jack connector di bahagian atas dan lubang u s b connector di bahagian bawah.

Jika peralatan audio yang serasi (contohnya headset yang dibekalkan) dicucuk pada lubang 3.5mm audio jack connector maka segala audio akan dihalakan ke peralatan audio. Selain fungsi tersebut, peralatan audio yang dicucuk melalui lubang connector akan bertindak sebagai antena penerima (receiver antena) untuk aplikasi fm radio. .

Port u s b merupakan penyambung antara telefon dengan peranti lain menggunakan perantara kabel u s b. Selain itu, lubang ini digunakan untuk mengecas bateri telefon. Telefon dicas menggunakan pengecas yang serasi atau melalui peralatan lain (contohnya pc) yang dicucuk pada lubang ini menggunakan kabel u s b.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.

Isnin, 20 Mei 2013

Android accessibility: Samsung Galaxy Chat – interaksi dengan butang on/off

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kiriman sebelum ini, saya ada bercerita mengenai spesifikasi fizikal telefon pintar Samsung Galaxy Chat. Saya akan menyambung cerita ini dengan memberi tumpuan kepada cara-cara kita berinteraksi dengan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada telefon pintar ini. Cara yang akan diceritakan selepas ini adalah mengikut tetapan asal dengan talk back dan explorer by touch sudah sedia aktif. Saya mulakan dengan interaksi butang on/off. Butang yang terletak di sebelah tepi kanan ini bukan sahaja untuk on/off telefon, sebagaimana namanya tetapi ia juga mempunyai fungsi lain.

  • Semasa telefon ini off, jika kita menekan butang on/off beberapa ketika, kemudian dilepaskan, telefon ini akan mula boot.
  • Semasa skrin on dan telefon unlock (tidak berkunci)  dan butang on/off ini ditekan sekali ia akan offkan skrin.
  • Semasa skrin dalam keadaan off ketika butang ini di tekan sekali maka telefon ini akan terkunci (lock).
  • Semasa telefon ini berkunci (lock) dan butang ini ditekan sekali, telefon ini akan tidak berkunci (unlock) tetapi skrin masih off.
  • Semasa skrin on dan telefon tidak berkunci (unlock) kemudian butang ini ditekan sehingga talk back berbunyi "alert", ia akan memberikan beberapa pilihan iaitu Accessibility, data network mode, airplane mode, power off, restart dan penukaran ringer.
  • Semasa skrin on dan telefon unlock kemudian  butang ini ditekan lama (lebihkurang hitungan 15) selepas itu dilepaskan, telefon ini akan dimulakan semula (restart)

    Isnin, 6 Mei 2013

    Android Accessibility: Samsung Galaxy Chat–spesifikasi fizikal

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Mulai kiriman ini, secara tidak berkala, saya akan bercerita tentang kemudahan accessibility yang tersedia pada telefon pintar berjenama Samsung Galaxy Chat. Dalam kiriman pertama ini, biarlah saya mulakan dengan cerita spesifikasi fizikal pada telefon ini seperti di bawah.

     

    Demensi

     

    • Ukuran panjang 118.9mm, 59.3mm lebar dan 11.7 mm tinggi.

    Bahagian sisi

    • Pada sebelah sisi kanan terdapat kekunci "power/lock (juga dikenali dengan butang on/off)".
    • Pada sebelah sisi kiri terdapat kekunci volume control.
    • pada sebelah sisi atas terdapat 3.5mm earjack
    • pada sebelah sisi bawah terdapat USB connector.

    Bahagian hadapan

    • Skrin saiz berukuran 3 inci menyendeng. ia menyediakan multi touch display jenis TFT capacitive touchscreen display.
    • pada sebelah atas skrin terdapat earpiece dengan proximity sensor.
    • pada sebelah bawah skrin terdapat butang sesentuh Android untuk Home, Back and Menu. 
    • Pada bahagian bawah pula terdapat Samsung QWERTY keypad.
      Bahagian belakang
      • Pada bahagian belakang terdapat lensa kamera 2 Megapixels dan loudspeaker grill.

      Sekian dahulu sebagai pengenalan.

    Isnin, 14 Mei 2012

    Bagaimana orang buta menggunakan komputer: menghasilkan shortcut untuk menamatkan proses internet explorer

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pada kiriman sebelum ini saya ada menceritakan masalah yang dihadapi oleh pengguna perisian screen reader ketika melayari internet. Saya juga mencadangkan satu teknik untuk mengatasi masalah ketika perisian screen reader tidak berfungsi disebabkan oleh process internet explorer. Langkah dibawah merupakan cara menghasilkan shortcut untuk menamatkan process internet explorer ketika masalah tersebut berlaku.

    1. Pergi ke desktop.
    2. Tekan rightClick di ruang kosong pada desktop.
    3. Pilih New
    4. Pilih Shortcut.
    5. Tekan Enter. Satu Create shortcut wizard window akan terbuka
    6. pada Type the location of the item: Edit text ,

      Taipkan "taskkill -f -im iexplore.exe" 

      Arahan taskkill dengan parameter -f -im digunakan supaya komputer menghentikan semua proses yang sedang dijalankan oleh internet explorer.
    7. Tekan Tab hingga butang Next.
    8. Tekan Enter. saatu create shortcut windows selanjutnya akan muncul.
    9. Pada Edit text berlabel “type a name for this shortcut:”

      Taipkan sebarang teks untuk menggambarkan proses taskkill internet explorer. Contohnya "kill ie"
    10. Tekan Tab hingga butang finish.
    11. Tekan Enter. Window shortcut wizard akan tertutup. Satu shortcut akan dihasilkan dengan teks “kill ie” wujud pada desktop. Untuk melaksanakan arahan taskkill, pergi
      ke shortcut pada teks “kill ie” pada desktop, kemudian tekan enter. Sebenarnya Teks “kill ie” pada desktop susah dicapai dalam keadaan perisian screen reader tidak berfungsi. Satu kekunci shortcut atau hot key perlu dihasilkan untuk mencapai shortcut “kill ie” pada desktop.

      Langkah dibawah perlu dilakukan untuk menghasilkan kekunci shortcut atau hot key tersebut.
    12. pada shortcut taskkill (berlabel “kill ie”)yang baru dihasilkan,tekan kekunci alt+enter (atau rightClick, pilih Properties). Shortcut Tab dalam Windows “kill ie” properties akan dibuka.
    13. Tekan Tab sehingga “shortcut key hotkey”.
    14. Tekan kombinasi kekunci yang akan digunakan untuk mencapai shortcut “kill ie” pada desktop. Sebagai contoh tekan kekunci Ctrl+Alt+i.
    15. Tekan Tab sehingga butang Ok.
    16. Tekan enter. Windows “kill ie” properties akan tertutup.
    17. Apabila perisian screen reader terhenti ketika melayari internet, tekan kombinasi kekunci shortcut yang telah dihasilkan (ctrl+alt+i).
    18. Tunggu hasilnya, Perisian screen reader akan berfungsi semula.
    Nota***
    • Uji shortcut di atas dengan memulakan internet explorer, kemudian tekan hotkey yang telah dihasilkan (ctrl+alt+i). Sekiranya internet explorer tertutup, maka langkah yang di buat telah berjaya.
    • Setelah process internet explorer ditamatkan secara paksa, satu alert akan muncul ketika internet explorer dimulakan semula. Pilihan daripada alert tersebut ialah membuka laman sebelum ini ataupun close. Pilihan close adalah disyorkan.

    Khamis, 10 Mei 2012

    Bagaimana orang buta menggunakan komputer: Masalah ketika browser crash

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pada beberapa kiriman lalu, saya ada bercerita tentang mewujudkan satu shortcut yang boleh digunakan untuk mematikan komputer jika perisian screen reader terhenti. Adakah pilihan lain selain dari mematikan komputer?. Bolehkah proses yang menyebabkan perisian screen reader bermasalah ditamatkan tanpa mematikan komputer?.

    Sebagai contoh, ketika sedang melayari internet menggunakan browser internet explorer, secara tiba-tiba perisian screen reader terhenti. Andaian boleh dibuat bahawa internet explorer merupakan punca masalah kepada perisian screen reader. Satu teknik perlu dihasilkan untuk menamatkan internet explorer agar program screen reader boleh berfungsi semula.

    Satu cara yang biasa dilakukan untuk menamatkan proses internet explorer adalah menggunakan cara berikut:-

    1. Tekan ctrl+shift+esc
    2. pergi ke tab process
    3. pergi ke iexplore.exe
    4. pilih end process
    5. sahkan dengan memilih end process

    Sebagaimana cerita saya sebelum ini, cara di atas mustahil boleh dilakukan ketika perisian screen reader tidak berfungsi.

    Isnin, 23 April 2012

    Bagaimana orang buta menggunakan komputer: menghasilkan shortcut untuk shutdown komputer

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pada kiriman yang lepas, saya ada bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh pengguna komputer yang bergantung sepenuhnya kepada perisian screen reader ketika hendak mematikan komputer.  Saya juga telah mencadangkan satu penyelesaian iaitu dengan mewujudkan shortcut untuk mematikan komputer walaupun perisian screen reader terhenti fungsinya.

     

    shortcut  ini akan melakukan proses yang sama dengan prosedur penutupan komputer iaitu menutup semua program yang sedang berjalan kemudian mematikan komputer.  
     

    1. Pergi ke desktop
    2. Tekan rightClick di ruang kosong pada desktop.
    3. Pilih New
    4. Pilih Shortcut
    5. Tekan Enter. Satu Create shortcut wizard window akan terbuka
    6. pada Type the location of the item:  Edit text ,

      Taipkan "shutdown -s". Arahan “shutdown –s” digunakan supaya komputer menutup semua proses yang sedang berjalan kemudiannya mematikan komputer. 
    7. Tekan Tab hingga butang Next.
    8. Tekan Enter
      Satu create shortcut windows selanjutnya akan muncul 
    9. Pada Edit text berlabel type a name for this shortcut:

      Taipkan sebarang teks untuk menggambarkan proses shutdown komputer. Contohnya "Matikan komputer"
    10. Tekan Tab hingga butang finish.
    11. Tekan Enter.

      Window shortcut wizard akan tertutup. Satu teks “matikan komputer” wujud pada desktop. Untuk melaksanakan arahan shutdown, pergi ke teks “Matikan komputer” pada desktop, kemudian tekan enter. Tunggu sebentar, proses menghentikan semua program yang sedang berjalan seterusnya mematikan komputer akan bermula.

      Sebenarnya Teks “matikan komputer” pada desktop susah dicapai dalam keadaan perisian screen reader tidak berfungsi. Satu kekunci shortcut atau hot key perlu dihasilkan untuk mencapai teks “Matikan komputer” pada desktop. Langkah dibawah perlu dilakukan untuk menghasilkan kekunci shortcut tersebut.
    12. pada shortcut  shutdown yang baru dihasilkan,tekan  kekunci alt+enter (atau rightClick, pilih Properties). 

      Shortcut Tab dalam Windows “matikan komputer” properties akan dibuka.
    13. Tekan Tab sehingga “shortcut key hotkey”.
    14. Tekan kombinasi kekunci yang akan digunakan untuk mencapai teks “matikan komputer” pada desktop. Sebagai contoh tekan kekunci Ctrl+Alt+x.
    15. Tekan Tab sehingga butang Ok.
    16. Tekan enter.

      Windows “matikan komputer” properties akan tertutup.
    17. Apabila sudah sedia untuk mematikan komputer, tekan kekunci shortcut yang telah dihasilkan (ctrl+alt+x).
    18. Tunggu hasilnya.

    Sabtu, 21 April 2012

    Bagaimana orang buta menggunakan komputer – masalah shut down

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Orang buta sangat bergantung kepada perisian screen reader ketika menggunakan komputer. Mereka akan hilang kawalan terhadap komputer jika perisian screen reader tersebut tidak berfungsi secara tiba-tiba. Jika keadaan ini berlaku, terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat, iaitu:-

    1. Mendapatkan bantuan orang celik
    2. Mematikan suis bekalan elektrik. Ini tidak dapat dilakukan jika mereka menggunakan komputer laptop
    3. Menekan butang power on pada komputer selama 5 saat untuk mematikannya.
    Pilihan ke 2 dan 3 sangat tidak disyorkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kerosakkan pada hard disk. Pilihan lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengwujudkan shortcut bagi melakukan proses shutdown.