“Seperti yang kita bincangkan dahulu, anak encik akan menjalani pembedahan terbuka untuk mengeluarkan batu karang pada buah pinggangnya.”
“Bagaimana pula dengan batu karang yang ada pada pundit-pundi kencingnya?,” aku ingin mendapatkan penjelasan.
“Saya akan buangkannya melalui kaedah endoskop iaitu dengan memasukkan endoskop melalui saluran kencing.”
“Bagaimana pula dengan butiran batu karang kecil yang terdapat pada buah pinggang anak saya?,” isteriku masih tidak berpuas hati.
“Semasa saya menjalankan pembedahan nanti, jika batu tersebut kelihatan, saya akan keluarkannya. Biasanya batu tersebut tersembunyi dan tidak kelihatan dengan mata. Oleh itu mungkin saya akan menggunakan pula kaedah eswl.”
Doktor Mansur terus beredar. Sementara itu jururawat yang tadinya hanya mendiamkan diri terus meletakkan sesuatu di atas hujung katil.
“Ini pakaian yang perlu dipakai sewaktu menjalani pembedahan. Tolong tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam juga gigi palsu. Saya akan datang sebentar lagi untuk membawa anak encik ke dewan pembedahan. Pembedahan dijadualkan bermula pukul satu tengahari,” ujar jururawat tersebut lantas beredar.
Azman terus mengenakan pakaian pembedahan dengan dibantu oleh isteriku kerana pakaian tersebut mempunyai ikatan di bahagian belakang badan. Setelah siap Azman berbaring di atas katil denganh mengenakan penutup kepala seperti shower cap.
“Iistighfar dan selawat banyak-banyak dan bertenang. Ingat Allah kerana sesuatu penyakit itu datang daripadaNya,” aku memberikan sedikit nasihat kepada anakku.
Pintu diketuk, kemudian masuklah dua orang jururawat.
“Sekarang kami datang untuk membawa Azman ke dewan bedah di tingkat dua. Puan sila ikut kami untuk menandatangani beberapa borang kerana Azman baharu berusia 14 tahun,” salah seorang jururawat memaklumkan.
Katil disorong dan isteriku mengekori mereka menuju kearah lif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan