Kami sampai di kampong lebih kurang pukul sepuluh pagi. Perjalanan lancar, tiada banyak poster parti di kiri-kanan jalan, sesekali di tempat pengundian terdapat beberapa kenderaan dan beberapa pengundi atau petugas mundar-mandir di jalan masuk. Kedua-dua orang tuaku dan adik bongsuku tiada di rumah pasti sudah ke pusat pengundian sebagai petugas pondok panas atau sebagai perayu undi.
Kami sekeluarga tidak pernah memindahkan lokaliti pengundian walaupun telah berhijrah ke tempat lain kerana undi kami sekeluarga sangat diperlukan di tempat kelahiranku. Segala kemudahan infrastruktur di tempat aku bermastautin sudah tersedia dan lengkap walau apapun jenama parti dan ideologi yang mewakilinya dan sebaliknya kemudahan tersebut masih belum sempurna walau diwakili oleh parti pemerintah.
Kali ini aku mengundi bukan untuk menunaikan sangat tanggungjawab sebagai warganegara malah ianya bersifat protes terhadap sesebuah parti. Sebagai warga Malaysia aku sentiasa menunaikan tanggungjawab 365 hari setahun tanpa banyak soal dan bukannya setiap lima tahun sekali ketika mengundi. Lagipun adakah aku akan diberi hak pengundian jika tiada pertandingan diadakan?.
Sememangnya kami sekeluarga telah pun memangkah label parti yang sama untuk pilihanraya kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan