Ahad, 6 Februari 2011

Tahun Arnab 2011 – Sup belut dan ambeng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menyusuri jalan pantai dari Kelang ke Lumut, kita akan mendapati banyak kedai makan. Kedai makan tersebut terdapat dalam pelbagai jenis, dari restoran eksklusif sehinggalah gerai biasa. Menu yang disediakan pula terdiri daripada pelbagai citarasa, dari hidangan antarabangsa, makanan segera sehinggalah masakan tempatan.

Ketika balik kampong, kebiasaannya aku akan menikmati sate, mee bandung bersama a b c di salah sebuah pondok sate. Hidangan yang paling menjadi kegemaranku ialah sup belut yang dijual di tepi jalan dari Tanjong Karang menghala ke Sekinchan. Terdapat sebuah gerai yang popular dengan mee udang banjir. Lokasinya juga terletak di antara Tanjong Karang menghala ke Sekinchan iaitu di sebelah salah sebuah masjid. Walaupun gerai tersebut sangat popular, namun aku tidak pernah merasai kelazatan hidangannya.

Cuti sempena Tahun Baharu Cina 2011 yang lalu, seperti biasa aku balik kampong. Aku berangan-angan untuk menghirup keenakkan dan kelazatan kuah sup belut. Rezeki tidak menyebelahiku kerana gerai tersebut ditutup selama 3 hari. Alangkah hampanya hatiku kerana hajatku tidak kesampaian.

Kehampaanku untuk menikmati keenakkan sup belut sedikit terubat apabila pada sebelah petangnya, Bagak menyampaikan undangan kesatu majlis tahlil arwah. Malam tersebut aku makan berkat ambeng menggantikan supbelut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan