Rabu, 23 Februari 2011

Patah balik ke Windows Movie Maker 2.6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kadang-kadang aku terlalu obses dengan perkembangan ICT. Aku tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan perisian komputer versi terkini walaupun kemampuanku terbatas. Pembangun perisian komputer terus mendakwa perisian mereka merupakan perisian terbaik, terkini, mudah dan menyediakan fungsi pelbagai.

Aku telah memuat turun dan memasang Windows Live Movie Maker versi Essential 2011. Perisian ini digunakan untuk menghasilkan klip video. Ia diberikan secara gratis oleh syarikat Microsoft.

Secara umumnya terdapat fungsi yang dikurangkan daripada versi sebelumnya. Ia juga menggunakan menu ribbon ala-ala perisian Microsoft Office 2007 dan ke atas. Menu ala-ala Microsoft Office terkini selalu menyebabkan aku tersesat.

Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan berpatah balik ke perisian Windows Movie Maker versi 2.6. Perisian ini boleh dipasang walaupun sesebuah komputer sudah terdapat versi Essential 2011 di dalamnya. Ia juga serasi dengan sistem pengoperasian Windows 7.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan