Assalamualaikum dan salam sejahtera.
LRT berhenti, sekumpulan remaja lebih kurang 10 orang memasukki koc. Antara mereka, cuma 3 orang diketuai Isyam yang mendominasi perbualan. Cerita berkisar pada topik remaja. Satu cerita yang menarik perhatianku. Ceritanya seperti di bawah.
Tiga remaja iaitu Isyam, Ani dan Ita mengunjungi rumah hantu pada satu pesta keramaian. Setelah membeli 3 keping tiket, mereka bercadang untuk masuk ke dalam rumah hantu secara serentak. Sampai di pintu masuk, penjaga tiket melepaskan Ani seorang untuk masuk dahulu.
“Saya akan melepaskan seorang demi seorang masuk ke dalam,” penjaga tiket memberitahu, sebelum sempat disoal oleh Isyam dan Ita.
Ita membatalkan hasrat untuk masuk ke rumah hantu kerana dia takut.
Isyam mengambil tempat untuk masuk ke dalam rumah hantu.
Suasana di dalam rumah hantu samar-samar. Banyak hantu berkeliaran. Tiba-tiba Isyam ternampak Ani sedang berlutut sambil kedua-dua belah tangannya memegang kaki hantu pocong yang berdiri dihadapannya.
“Tolong, jangan ganggu aku,” rayu Ani sambil teresak-esak.
“He, he,” ilai hantu pocong terus menyakat tanpa simpati.
“Tolonglah, ramai lagi perempuan lebih cantik di belakang, boleh engkau kacau,” tangisan Ani bertambah kuat
Mungkin kerana kasihan ataupun panik hantu pocong menghentikan usikannya terhadap Ani. Sebelum sesuatu kejadian menjadi lebih gawat, Isyam mendekati mereka, lalu mententeramkan Ani. Setelah keadaan agak tenang, mereka berdua menuju pintu keluar. Pocong dan hantu-hantu yang lainnya, semakin kuat gelak mereka kerana peristiwa tadi.
Semasa berjalan menuju pintu keluar, Isyam dan Ita disapa oleh seorang toyol. Ita panik semula, kaku tidak bergerak.
“Toyol, tolonglah jangan usik aku lagi,” suara Ita terketar-ketar.
Toyol yang tidak tahu-menahu kisah sebelumnya terus menyiringaikan taringnya.
“Abang toyol, budak ini lemah semangat, dia baru sahaja kena usik oleh pocong di sana,” Isyam memberitahu kepada toyol sambil jari telunjuknya diarahkan kke tempat pocong mengusik.
“Lain kali, jika lemah semangat, janganlah masuk ke rumah hantu,” toyol bersuara.
Sesampai di luar, Ani terus menerpa dan memeluk Ita.
"Aku takut, mati hidup balik aku tidak akan masuk ke dalam rumah hantu lagi,” suara Ani terketar-ketar, antara dengar dengan tidak.
Seketika kemudian Ita bersuara.
“Hoi Ani, tak senonoh betul, tengok seluar awak tu, basah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan