Rabu, 14 September 2011

Kasih Sayang di Aidilfitri 2–Syawal 1432

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi rembulan Syawal 1432pasti kelihatan penuh di dada langit, menandakan sudah lebih 15 hari aku merayakan Aidilfitri. Empat tahun lalu, pernah aku berbisik tentang ini, di blog ini dan dua tahun lepas ingin aku ulanginya, namun tiada yang berubah, kecuali warna pakain dan umur. Kini, aku akan berbisik semula, berbisik tentang suasana, rasa dan perasaan yang serasa telah berbeda.

Walau usiaku hampir separuh abad, seperti empat dan dua tahun lalu, mereka masih tidak jemu memelukku, mereka masih tidak jemu mengalirkan air mata untukku, mereka masih tidak jemu untuk berbisik dan mereka masih tidak jemu memohon kemaafan walau mereka tidak pernah berdosa padaku.

Aku cuba menahan perasaan, aku cuba mempertahankan egoku dan aku cuba keraskan hati agar ianya seperti empat tahun dan dua tahun lalu. Pelukan mereka semakin erat, esakan mereka makin jelas kudengar dan air mata mereka semakin membasahi bahu bajuku hinggakan pertahanan ku semakin longgar dan akhirnya… Ketika aku menoleh aku terasa manik-manik air menitik membasahi bahu bajuku. Aku pasti dan sememangnya pasti airmata yang mengalir adalah milikku sendiri. Alhamdulillah, aku masih punya mereka…

Selasa, 2 Ogos 2011

Bagaimana orang buta menggunakan komputer–screen reader dan interaksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman yang lepas, aku telah bercerita tentang perisian screen reader dan peranti output. Untuk kiriman kali ini, aku akan bercerita tentang bagaimana interaksi antara orang buta dengan komputer. Komputer yang digunakan telahpun terpasang perisian screen reader. Outputnya merupakan suara yang dikeluarkan melalui speaker. Manakala keyboard digunakan sebagai peranti input.

Ketika komputer dihidupkan, perisian screen reader akan diaktifkan oleh sistem pengoperasian. Perisian screen reader ini akan mendapatkan semua teks yang terpamir pada skrin komputer. Teks-teks ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk suara. Oleh sebab itu perisian screen reader juga dikenali sebagai perisian Text to speach atau ringkasnya tts. Suara-suara tadi akan dibunyikan mengikut arahan-arahan yang disediakan oleh perisian screen reader.

Pengguna komputer menggunakan papan kekunci sebagai peranti input. Screen reader menyediakan proses simulasi mouse agar arahan dari mouse digantikan dengan input dari papan kekunci. keyboard shortcut juga digunakan sebagai pengganti arahan yang digunakan melalui mouse.

Rabu, 20 Julai 2011

Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer – Peranti input/output

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kiriman bertajuk Bagaimana Orang Buta Menggunakan Komputer, aku ada bercerita tentang satu perisian yang disediakan oleh Microsoft bernama Narrator. Selain Narrator, terdapat banyak lagi perisian yang berfungsi seperti ini contohnya JAWS, Windows Eyes dan NVDA. Perisian ini dikategorikan didalam kumpulan Screen Reader. Kita boleh mendapatkan perisian jenis ini samada secara gratis ataupun berbayar.

Semasa kita mendapatkan sebuah sistem komputer, kita akan dibekalkan dengan unit-unit input dan output yang standard. Unit output standardbiasanya terdiri dari monitor dan pencetak. Sementara unit input pula terdiri dari papan kekunci dan tetikus.

Umumnya perisian screen reader akan menggunakan peralatan yang menyokong audio sebagai medium output.  Walaupun begitu, refreshable braille boleh disambungkan ke unit komputer untuk dijadikan peranti output. Sementara itu pengguna yang mempunyai pandangan terhad, mereka akan memenafaatkan penggunaan  monitor biasa yang dilengkapi dengan perisian screen magnifier.

Selasa, 12 Julai 2011

Mengapa mesen pembayaran meletak kereta perlu bersuara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku selalu menumpang kenderaan ke pusat membeli-belah. Sewaktu hendak membuat pembayaran meletakkan kenderaan secara autopay, aku mendengar mesen autopay bersuara. Mengapa mesin tersebut perlu dipasang alat bagi membolehkannya bersuara?. Ssiapakah target pengguna ciri-ciri bersuara pada mesin autopay?.

Bagi golongan Orang Kurang Upaya penglihatan, penggunaan gadget bersuara bukanlah asing. Komputer dan talifon bimbit merupakan contoh gadget yang diletakkan perisian yang membolehkannya bersuara. Gadget-gadget tersebut perlu dilengkapi dengan suara untuk membolehkan oku penglihatan  berinteraksi dengan gadget tersebut. Namun sehingga sekarang, aku belum pernah menemui mesin pengeluaran wang automatik (atm) dilengkapi dengan suara bagi memudahkan pengguna oku penglihatan menjalankan transaksi perbankan. Kekangan dalam urusan perbankan menggunakan mesin atm ini dijadikan isu untuk menafikan hak pengguna oku penglihatan untuk memiliki kad atm.

Keperluan untuk memasang suara pada mesin pengeluaran wang automatik (atm) adalah lebih mendesak berbanding dengan mamasang  suara pada  mesin pembayaran meletak kenderaan automatik.

Sabtu, 9 Julai 2011

Menggunakan shortcut enable / disable LAN bagi Windows 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku telah bercerita tentang cara-cara mewujudkan shortcut untuk enable / disable LAN  dalam beberapa kiriman terdahulu. Sekarang aku hendak menyambung cerita tersebut, kali ini tentang cara penggunaan shortcut pada desktop yang telah aku wujudkan sebelum ini.

  1. Pergi ke desktop.
  2. Cari shortcut enable / disable LAN yang telah diwujudkan.
  3. Tekan butang right-mouse atau kekunci application pada keyboard. Satu popup dengan beberapa pilihan akan muncul. Antara pilihan yang di paparkan ialah sama ada enable ataupun disable.
  4. Ppilih samada mahu enable atau disable LAN.
      Ulang langkah di atas jika hendak membuat pilihan lain samada dari enable ke disable atau dari disable ke enable LAN.

    Isnin, 4 Julai 2011

    GEGAR BLOG (JULAI 2O11 ) bermula !

    GEGAR BLOG JULAI 2011

    Pada malam yang memanjang, ada bisikan yang mengajak aku agar turut sama merasai gegaran itu.

    Jom beramai-ramai merasakan Gegaranya di sini

    Sabtu, 2 Julai 2011

    Sayangi blog anda

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Sedalam manakah anda menyayangi blog anda?. Ini soalan subjektif. Ia boleh ditafsirkan dari berbagai sudut. Jawapannya sudah pasti pelbagai.

    Sayang itu perasaan. Tiada alat atau radas boleh digunakan untuk mengukur nilainya. Blog tidak berjiwa. Ia tidak memberi respon walau anda sayang padanya.

    Kunjungi blog anda sebelum anda mengunjungi blog lain, andam blog anda sebelum anda mengandam blog lain dan kagumi blog anda sebelum anda mengkagumi blog lain sebagai tanda anda menyayangi blog anda.